Followers

Tuesday, 14 October 2014

I-Pad Hilang!

As-salam.

Mak Aji jarang menggunakan i-Pad kecuali untuk melihat wayang (Siri Downton Abbey aje pun!) yang dimuat turun oleh Boy atas arahan Mak Aji - lebih mudah dibawa ke hulu ke hilir sambil menontonnya berbanding duduk menghadap PC. Kali akhir Mak Aji nampak Zhafran sibuk melayan Aleesya menonton Upin Ipin di i-Pad tersebut. 

Boy Mak Aji minta untuk memuat turun Downton Abbey Siri 5 - asyik ketinggalan menontonnya di TV. Balik dari kampung tempoh hari Mak Aji tercari-cari i-Pad - tiada siapa yang tahu - segenap orang Mak Aji tanya.



Masih ada rezekiku!. Jangan hilang lagi tau!! I-Pad sedang tumpang 'menyusu' 
di radio - ada dock khas yang disediakan.

Akhirnya hati terdetik untuk menyelak kusyen sofa di ruang tamu - kadang-kadang ada yang suka sorok barang di situ. Alhamdulillah ada pun dia di situ! Leganya! Kalau hilang alamat tiadalah lagi Mak Aji membeli yang lain sebab Mak Aji jarang pakai pun - asyik orang lain sahaja yang pakai! Biasanya Boylah - diletaknya di hadapan treadmill - tonton wayang sambil berjogging - sumbat telinga dengan ear-phone!

Tempat yang paling biasa i-Pad ditenggekkan oleh Boy - Bagus juga kalau layan Downton Abbey kat sini ya! Hmmm! Boleh lari sepanjang satu episod tanpa berasa bosan!




2 comments:

nurbijen said...

Salam Mak Aji,

Nasib baik dah tahu port yg selalu barang tersorok.... Masih panjang lagi jodoh iPad tu dgn mak Aji... Boleh lah layan siri Downtown Abbey lepas ni....
Kelakar pulak istilah "tumpang menyusu" tu... Boleh pinjam ni....

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Kalau tak kat situ, kat celah kusyen recliner depan TV - kadang2 Mak Aji pun buat juga - sorok remote drp cucu - asyik main gigit2 benda tu! Buka2 i-Pad rupa2nya belum download lagi season 5, alahai! Istilah tumpang menyusu dicipta semasa di Surabaya ziarah anak. Powerbank asyik org lain je pakai sebab kita selalu top-up tiap kali balik hotel. Adapter pun sama asyik ke hulu ke hilir beralih tangan. Mak Aji sentiasa agak lengkap dgn benda2 mcm tu bila travel - tak semua org mcm kita, kan! Silakan, seronok dan kelakar, kan istilah tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...