Followers

Monday, 27 October 2014

Testing Your Parenting Skills

As-salam.

Pagi tadi Mak Aji ke Honda Service Centre Sungai Buloh untuk servis kereta sekitar jam 9 pagi. Mak Aji masuk sahaja ke dalam kedengaran jeritan budak-budak beberapa orang (lebih kurang sebaya) yang berlari-lari di segenap ceruk pusat servis itu - bingitnya telinga! Mak Aji tercari-cari siapa emaknya tetapi tiada kelihatan orang dewasa yang memerhatikan budak-budak itu bermain kecuali para pelanggan yang menunggu kereta mereka diservis. 

Semakin lama semakin bingit dan semakin 'mengganas' budak-budak itu. Mak Aji ternampak hiasan kolam yang dibuat khusus untuk perayaan Deepavali - terdetik di hati - sebentar lagi habislah engkau! Sambil Mak Aji menonton TV serta melayan FB, terdengar kekecohan - betul pun sangkaan Mak Aji - budak-budak itu sudah melanggar hiasan kolam itu! Tiba-tiba emak budak-budak itu datang menerkam anaknya dan dipukulnya budak itu di hadapan kami semua! Masing-masing terdiam seribu bahasa, dek terkejut dengan tindakan ganas ibunya itu! Ditariknya budak itu ke ruang kanak-kanak yang sememangnya disediakan untuk anak-anak bermain. Rupa-rupanya emaknya sibuk duduk bersembang ke entah apa yang dibuatnya duduk di ruang tersebut. Emaknya di situ manakala anak-anaknya dibiarkan berkeliling di pusat servis! 

Mak Aji anggap ini sebagai contoh terbaik yang memaparkan sejauh mana kemahiran keibubapaan kita dalam menangani anak-anak yang lasak! Pada hemat Mak Aji seorang ibu yang baik tidak akan sekali-kali membiarkan anak-anak berkelakuan sedemikian di tempat awam! Anak-anak tersebut harus sentiasa dipantau dengan dekat agar mereka tidak merosakkan harta benda orang lain selain membahayakan diri mereka sendiri juga!

Alhamdulillah Mak Aji lega sebab kereta Mak Aji hanya dibuat minor service, maka tempoh menunggu tidaklah lama sangat berbanding major service - berlama-lama di siti alamat menempah migrainelah jawabnya! 

Dalam masyarakat kita kemahiran keibubapaan biasanya diperoleh secara semulajadi dan berdasarkan pemerhatian kita terhadap cara ibu-bapa kita membesarkan kita. Jarang dalam kalangan kita yang benar-benar belajar ilmu dan kemahiran ini. Mak Aji sendiri pernah membaca buku serta rencana berkenaan hal ini agar tahu serba sedikit. 

Pengalaman pada pagi ini menunjukkan betapa perlunya ibu-bapa melengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran keibubapaan agar bijak menangani anak-anak mereka, terutama sekali di tempat awam!

Anak menantu serta cucu Mak Aji.
Seronoknya Aleesya dengan ayahnya!
Kenangan mereka semasa bercuti di Bukit Merah Laketown Resort.

Catatan: Foto sekadar hiasan sahaja.


2 comments:

nurbijen said...

Peringatan yang bagus utk saya yg ada anak2 yg masih melasak ni... Kalau anak2 saya, dah kena janji siap2 kat rumah kalau nak ikut saya pergi servis kereta sbb memang lama dan mereka akan boring.... Kalau semua janji utk behave baru bawak, kalau tak tinggal kat rumah aje lah biar makcik/pakcik yg jaga...
Teringat sembang dgn seorang taraf kakak masa saya tunggu kereta diservis. Dia kata, "Alahai, baiknya anak. Nama apa?"... Saya jawab lah Irfan. Dia kata, biasa budak nama Irfan ni degil/buas.... Kali pertama jumpa budak nama Irfan yg baik lagu tu.... Saya tak tau nak komen apa... iyakan aje lah... ada pula kaitkan perangai dgn nama...
Tu kisah kat M'sia, kat sini belum ada pengalaman bawa kereta pergi servis sbb baru jer nak belajar pakai kereta..... Baru ada rezeki nak pakai kereta :)

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Mak Aji memang byk pengalaman dgn budak2 ni sbb ada 4 lelaki dan 2 perempuan. Jarak usia lebih kurang 2 tahun sahaja. Pun pakai janji juga, bila mereka mula 'rentas sempadan', Mak Aji panggil nama buat muka warning (siap bila balik nanti!) mereka pun behave balik. Mak Aji ada anak buah nama Irfan, baik sangat budaknya, x buas pun! Skrg dok mengajar kat Sarawak. Mengarutlah pasal nama tu! Nanti bawa balik kereta dari sana ya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...