Followers

Wednesday, 29 October 2014

Comey Dok??

As-salam.

Kalaulah pada beberapa tahun lepas ada orang bertanya kepada Mak Aji tentang hal membeli online, Mak Aji sudah pasti akan kata - tak beranilah nanti kena tipu, duit lesap barang entah ke mana;  nanti tak puas hati kalau tak pegang dan belek sendiri; bayar untuk barang jenama mahal dapat barang tiruan, ..... dan bermacam lagi alasan!

Sekarang kalau orang yang sama bertanya lagi, kemungkinan besar jawapannya jauh berbeza! (he, he, I'm finally hooked!).  Kalau generasi muda lagilah mereka memang biasa sangat dengan pembelian secara mudah ini. Seperti biasalah, orang tua macam Mak Aji ini lambat sedikit mengikut perkembangan terkini. Sebelum membeli pun Mak Aji selidik dahulu sama ada boleh dipercayai atau tidak penjual online ini sebab memang ramai yang sudah tertipu! Insya-Allah dengan penjual ini anda tidak akan ada masalah.

Oklah, Mak Aji mahu kongsi barang yang baru Mak Aji terima dengan Poslaju tengah hari tadi:


Sarung lengan jari permata dengan lace!
Kalau tak cantik bukan sebab sarung lengan ya, sebab lengan yang tidak
halus manis!

Mak Aji sudah beberapa kali membeli sarung lengan dengan Butik Humaira ini. Setakat ini Mak Aji memang puas hati dengan kualiti produknya. Ada pelbagai jenis sarung lengan dalam pelbagai warna. Kalau anda berminat bolehlah anda cuba ke laman FB-nya seperti berikut:

https://www.facebook.com/butik.humaira?fref=ts




2 comments:

nurbijen said...

Jaga-jaga mak Aji... membeli secara online ni boleh addicted.... dah beli sekali, nak beli lagi dan lagi..... saya mula2 terjebak masa dalam pantang lepas bersalin kan Danish.. Tak dapat keluar shopping, jadi shopping online lah penyelesaiannya... Kejap2, ada jer posmen hantar barang kat rumah.... hahahha

Bila duk UK ni, lagi lah laju klik sana sini... Yang best shopping online kat sini sbb barang cepat sampai... Kalau rosak pun, mereka terus refund duit tanpa banyak cakap... Return policy kat sini memang kita puas hati :)

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Memang dah terjebak pun! Sehari dua ni dok tunggu clip purse dari Harrods - tak pergi sana pun boleh beli juga, he he! Suspens je dok tunggu ni, pantang bunyi hon ingat Poslaju datang - "hon kat belakang rumahlah," kata Pak Aji, he he!!
Kat sini sebab agak baru lagi, jadi bab tipu2 banyak juga, return policy pun lebih kurang je jangan tidak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...