Followers

Sunday 19 October 2014

Cangkung ke, Duduk ke??


As-salam.

Agak lama sudah Mak Aji ingin kongsikan maklumat tentang perkara ini, iaitu sekitar dua tahun lalu, sejak Mak Aji pencen lagi. Ini kerana Mak Aji ada pengalaman sendiri tentang hal ini. 

Mak Aji sejak bersekolah selalu menghadapi masalah sembelit. Masalah bermula sejak mula menjejak kaki ke bangku sekolah. Keadaan tandas di sekolah selalunya kotor dan Mak Aji (ketika itu masih kanak-kanak ya, bukan tua seperti sekarang, he he!) tidak lalu untuk membuang air kecil atau besar di sekolah. Semua urusan tersebut sengaja ditahan sejak pagi hinggalah ke tengah hari. Itu yang kadangkala sampai sahaja ke rumah Mak Aji berlari terus ke bilik air dan seringkali belum apa-apa lagi, 'empangan sudah pecah!' 

Lama kelamaan sembelit sudah menjadi rutin dan evakuasi hanya berlaku beberapa hari sekali. Keadaan semakin teruk selepas bersalin anak pertama. Mak Aji terpaksa mengambil langkah drastik setelah salah seorang kawan baik Mak Aji menghidap kanser usus, Kawan tersebut memang sebelumnya selalu mengadu sembelit teruk. Mak Aji terpaksa 'mengajar/melatih' semula diri untuk ke tandas secara berjadual setiap hari walaupun tiada apa-apa gesa - lama kelamaan sistem evakuasi yang selama ini sudah mula merajuk (kerana tidak dilayan) mula memberi tindak balas positif, alhamdulillah! Ketika itu Mak Aji masih menggunakan tandas duduk. Walau bagaimana berjayanya evakuasi dilakukan setiap hari, Mak Aji masih belum cukup puas setelah itu. 

Sejak dua tahun lalu Mak Aji berpencen dan tidak lama selepas itu Mak Aji bermula untuk menggunakan tandas cangkung. Alhamdulillah kalau selama ini berasa seperti 'berhutang' (tidak puas membuang air besar), Mak Aji berasa sudah terlepas daripada belenggu hutang! 

Itu pengalaman Mak Aji sendiri. Bagaimana dengan anda?? 

Semakin kita 'maju' kononnya semakin banyak budaya Barat kita ikuti. Ini termasuklah cara kita menggunakan tandas. Mak Aji ingat semasa kanak-kanak dahulu kedua-dua tandas di rumah kami jenis cangkung, tiada pun jenis duduk. Sekarang ini di sebahagian besar rumah yang siap di bina tiada lagi tandas cangkung. Mak Aji sekarang tinggal di rumah yang dibikin sendiri, maka memang ada disediakan tandas cangkung, alhamdulillah. Bagaimana pula anda yang hanya ada tandas duduk? 

Cukuplah Mak Aji bercerita. Layanlah video yang cukup bermanfaat ini!:






2 comments:

nurbijen said...

Salam Mak Aji,

Saya pun setuju dengan Mak Aji.... Feel dia lain sikit kalau buang hajat guna tandas cangkung berbanding tandas duduk.... Macam korek hidung pakai glove... kikiki

Tapi itu lah, rumah sewa skrang ni cuma ada tandas duduk jer... Masa mula2 dulu, ambil masa juga nak sesuaikan diri guna tandas duduk... Lama-lama baru serasi sikit... Nasib baik rumah sendiri kat M'sia buat dua2 jenis toilet :)

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

He he, boleh agak macam mana kalau pakai glove! Cara Mak Aji cari penyelesaian jika guna tandas duduk, cari bangku kecil dua biji untuk lapik kaki kiri dan kanan (bilik air Mak Aji sendiri tandas duduk). Cuma kena hati2 jangan slip sudah! Kat rumah ni tandas dekat family room baru ada yg cangkung. Yang lain semua duduk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...