Followers

Friday, 10 October 2014

Hidangan Istimewa - Lidah Lembu!

As-salam.

Semasa kami balik beraya minggu lepas anak bujang Mak Aji ada menyebut yang dia teringin untuk makan lidah bakar seperti yang pernah dimasak kakak Mak Aji, Cik Ning, tidak lama dahulu. Kami terus ke Pasar Siti Khadijah lalu membeli lidah lembu dengan harga RM 20 satu. Saiznya agak boleh tahan juga. Cik Ning sudah sedia ada lidah lembu satu di rumahnya dan untuk berbuka puasa hari Sabtu itu, salah satu hidangannya - dua lidah lembu bakar!!

Dua lidah lembu yang siap di celur, dikupas kulitnya serta di cucuk-cucuk dengan
pisau dan dilumur garam kunyit.
Lidah dibalut dengan kerajang aluminium dan dibakar selama 2 jam
 lebih di dalam ketuhar.
Ini hasilnya - so juicy, so succulent!
Dipotong nipis dan siap untuk hidangan berbuka!!

Kami berbuka dengan cukup berselera pada petang Sabtu itu - bertambah-tambah nasinya! Ini gara-gara lidah lembu bakar yang lama sudah tidak dinikmati! 



4 comments:

- dieyana - said...

eh, macam sedap lidah lembu ni mak aji..tk pernah makan..

Ummu Madihah said...

Salam Dieyana,

Nak tahu sedap tidak, anak Mak Aji, Boy sekali makan terus terpikat. Asyik dok sebut aja! Kalau nak cuba, pergi ke rstoran Siam, cuba check menu, biasanya ada lidah lembu ni! Terbukti sedap!

Shila Muin said...

Salam Mak Aji,
lama tak lawat blog Mak Aji. Tapi bila tngk lidah ni mcm sedap je...kat mana klu area lembah kelang ni ada jual

Ummu Madihah said...

Salam Shila,

Betul tu, lama Shila menghilang. Memang sedap ni! Mak Aji baru beberapa hari lepas beli kat kedai daging segar di Kuang. Mak Aji rasa Shila boleh cuba tanya org jual daging segar di pasar tani. Hari tu beli seketul tu RM45 - dua kali ganda lebih mahal berbanding di KB. Namun apakan daya, kalau dah suka!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...