Followers

Tuesday, 15 May 2012

Mula Kursus

Alhamdulillah seperti yang dirancang, Mak Aji mula menjalani kursus sebelum pencen bermula hari ini. Insya-Allah kursus akan berlangsung sehinggalah 22 Jun 2012. Kursus dibiayai sepenuhnya oleh ofis Mak Aji, alhamdulillah. Kalau hendak keluar belanja sendiri alamatlah tidak selama itu kursusnya. Pasti jauh lebih singkat demi mengurangkan kosnya!! 

Untuk anda yang bakal mengikut jejak langkah Mak Aji, yang hampir hendak berpencen, rancanglah lebih awal kursus apa yang anda minati. Terlebih dahulu pastikan anda hadiri dahulu kursus Asas Perniagaan anjuran INSKEN agar anda layak menjalani kursus yang anda pilih nanti! (maklumat ini kakitangan kerajaan sahaja ya!).

Pada hari ini Mak Aji belajar perkara-perkara asas mengenai pembungkusan hadiah - apa bahan yang boleh digunakan sebagai kertas pembalutnya, jenis-jenis pembalut hadiah, pembalut hadiah apa yang sesuai untuk hadiah apa, dan seumpamanya. Yang keduanya Mak Aji belajar membuat pelbagai jenis riben daripada pelbagai jenis bahan. 

Sebenarnya Mak Aji sudah agak biasa dengan membuat riben cuma Mak Aji baharu tahu bahawa dunia riben ini cukup luas!! Sally yang mengajar melawak dengan mengatakan bahawa malam ini Mak Aji makan nasi berlauk riben!! He he he!

Selepas ditunjuk ajar, Mak Aji buat sendiri ribennya dan pada masa yang sama merakamkan foto hasilnya agar tidak lupa dan sebagai dokumentasi! Berikut beberapa jenis yang Mak Aji hasilkan!:

Single butterfly bow.
Single butterfly bow menggunakan jenis riben yang berbeza.
Pun menggunakan riben berbeza.
Figure 8 butterfly bow.
French bow
Kaedah cross cut dan bukannya dua 'v' di kiri kanan seperti yang biasa dibuat.

Kaedah cross cut ini sebenarnya perkara baharu yang dipelajari. Kalau selama ini Mak Aji menggunakan kaedah memotong dua bentuk 'v' di kiri kanan, rupanya kaedah yang ini lebih baik, lebih kuat dan kurang mungkin koyak ribennya!

Double butterfly bow siap dengan sesungutnya sekali!

Mak Aji cukup suka dengan double butterfly bow dengan sesungut sebab ia dikemaskan lagi dengan lingkaran manik di bahagian tengahnya. Sesuai untuk hadiah istimewa atau untuk musim perayaan. Riben ini bukan Mak Aji yang hasilkan, memang sudah siap.

Star bow menggunakan kertas majalah.
Ini juga star bow yang dibuat menggunakan kaedah yang sedikit berbeza.
Pom-pom atau puffy bow (jenis Aster).

Sebenarnya pom-pom terbahagi kepada empat jenis termasuk Aster, iaitu Poinsettia bow, Chrysanthemum bow dan akhirnya Carnation bow. Kesemuanya hampir sama, cuma ada sedikit perbezaan dari segi rupa hujung setiap kelopak riben, iaitu mirip jenis bunganya yang sebenar.

Satu perkara tambahan yang Mak Aji dapat belajar hari ini ialah rupa-rupanya bunga segar boleh kita tegakkan batangnya jika melentuk atau agak lembut, iaitu dengan menyucuk dawai bunga pada kelopak dan kita balutkan batangnya dengan kertas lilit yang berwara hijau (yang biasa kita gunakan untuk bunga tiruan), seperti pada foto ini!!:

Ini bunga segar gerbera atau African daisy.

Pengalaman berkursus pada hari ini cukup istimewa, banyak perkara baharu dipelajari, dan Mak Aji tidak sabar untuk menunggu perkara baharu yang bakal dipelajari esok!! At long last I get to learn something I really enjoy!! Alhamdulillah!!

Catatan: Lupa untuk dimaklumkan, sebenarnya nama kursus yang dihadiri: Amateur Gift-wrapped and Floral Design Course di So-sen Florist, di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Jalan Raja Chulan.


7 comments:

Sue Abd Aziz said...

Selamat berkursus.... :)

Aida Salleh said...

wah bestnya....selamat berkursus kak shima!

MONIE said...

Selamat berkursus tetapi kami tak dapat nak manfaat hasil tangan puan, kut-kut nak minta tolong bungkus kacang, asam boi bagi nampak menarik dan tergoda

Ummu Madihah said...

Terima kasih Sue, Aida. Hai, nampak gaya lain kalilah tolong bungkus kacang d asam boi kasi cantik, kecualilah kalau dibuat hamper utk raya ke! Hari ni belajar buat hamper, seronok sangat sampai berpeluh-peluh. Nanti dimuat naik fotonya.

Unknown said...

Selamat Berkursus... best sangat nampaknya...

AsiahRSC said...

Congrats dapat kursus yang you suka ... nanti boleh mintak tolong kat you bila menantu (entah bila tu!!) ... Tak nak tempah, sebab bila lagi nak minta tolong ngan kawan kan? hehe

Ummu Madihah said...

Insya-Allah Siah, bisa aja untuk anak dara dan anak bujang u nanti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...