Followers

Saturday, 26 May 2012

Pusat Rekreasi dan Restoran Antan Batura

Petang semalam, Pak Aji dan Mak Aji serta Baba Aziz serta isteri serta dua lagi anak murid Baba ke Antan Batura untuk makan tengah hari (makan petang sebenarnya sebab sudah agak petang). Tuan Haji Amir, pemilik restoran dan pusat rekreasi serta isteri, Ibu Dewi menjamu kami masakan kegemaran kami, ayam penyet,  pecal serta sup ekor dan juga sayur asem. Memang cukup menyelerakan sekali!: 




Sebelum makan, Mak Aji sempat mengambil foto sekitar tempat tersebut:


Ada bot kecil dan juga besar untuk dinaiki ke sekeliling tasik.
Butik kepunyaan Ibu Dewi di kawasan itu juga.
Juga ada kenu untuk disewa.
Kaunter juruwang.
Burung bangau migrasi (agaknya?) bertenggek di pokok berhadapan premis ini. 

Ibu Dewi akan pulang ke Surabaya kerana ada kerja-kerja katering yang baru diperoleh di sana. Jadi beliau akan pulang untuk beberapa bulan. Kami berkunjung untuk bertemu berliau sebelum beliau berangkat pulang. Sempat juga kami, 'tiga dara' merakam foto kenangan:


Ibu Dewi dan Mak Aji serta isteri Baba di belakang.
Manis sungguh Ibu Dewi, siap dengan budi pekerti yang cukup tinggi!


2 comments:

izla said...

kat mana Antan Bantura ni?? tak pernah tau pon..

Ummu Madihah said...

Entrancenya kat depan bangunan SIRIM Shah Alam, tepi tasik Shah Alam. Pergi, jangan tak pergi!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...