Followers

Saturday, 12 May 2012

Anak-anak di Seberang

Pak Aji membawa pulang foto anak-anak di Surabaya, maka reda sedikitlah rindu kepada mereka. Lama rasanya menunggu kepulangan mereka bercuti Ramadan dan Syawal menjelang bulan Julai nanti! Selama ini setiap kali bercuti mereka sentiasa merungut kerana Mak Aji kerja, dan dengan itu langkah mereka kurang panjang. Insya-Allah Julai nanti langkah kami panjanglah sedikit sebab Mak Aji tidak perlu lagi berkejar ke pejabat!! 

Madihah semasa bersarapan di Hotel Pasuruan.
Seronok apabila abahnya berkunjung.
Berkepit sahaja dengan abahnya.
Awatlah teduh benar muka ni Asyraf?? Sebab mama
tak ikut ya? Cian dia, cayang bucuk!! Anak bongsu ni!

Catatan: Sebenarnya banyak lagi foto kunjungan Pak Aji ke sana, cuma gambarnya belum diperoleh daripada kawannya yang sama-sama pergi (tumpang kamera dia).

4 comments:

- dieyana - said...

anak-anak mak aji memnag di sana ya? berapa tahun dah di sana?

Ummu Madihah said...

Ya, dua org di sana, anak kelima dan keenam. Yang adiknya dah 3 tahun, yg kakaknya dua tahun. Semoga insya-Allah bolehlah kami berdua menumpang mereka pada masa hadapan yang tiada penghujungnya!!

AsiahRSC said...

Sweetnya Madihah ...

Ummu Madihah said...

Almaklumlah, si hitam manis, he he!! Tulah dia anak dara kesayangan kami. Memang manja dengan abahnya. Sesampai saja abahnya, terus dikepit lengan macam x mau lepas!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...