Followers

Friday 25 May 2012

Hilang Adab Sopan

Menggunakan pengangkutan awam memberi banyak pengalaman, ada yang elok dan tidak kurang juga yang tidak elok. Beberapa hari lepas semasa menaiki monorel dari Raja Chulan ke Sentral, Mak Aji terpandang sepasang kekasih yang baru menaikinya. Elok sahaja masuk, mereka berdiri (walaupun ada tempat duduk) lantas yang lelaki terus memeluk perempuan itu dan melentukkan kepalanya ke bahu perempuan itu dengan muka selambanya! Takut Mak Aji kalau dibuatnya perkara tidak senonoh yang selebih daripada itu untuk tontotan semua orang!! Sepasang Mat Salleh di sebelah Mak Aji pun perasan dan berbisik-bisik sesama sendiri apabila melihatkan kelakuan mereka! - buat malu orang Malaysia sahaja!!  

Foto sekadar hiasan.

Pada petang yang sama juga semasa Mak Aji menaiki komuter pula Mak Aji terpandang seorang gadis Melayu berblaus, berseluar panjang dan bertudung. Oleh kerana tiada tempat duduk, dia berdiri di hadapan Mak Aji. Tidak lama kemudian, dikeluarkannya botol minuman dan dengan tangan kiri memegang botol lalu terus minum sambil berdiri. Kalau minum berdiri rasanya bolehlah sedikit ampun sebab tiada tempat duduk tetapi kenapalah dipegang dengan tangan kiri?? 

Mak Aji pernah juga melihat seorang saudara terdekat menyuap makanan ke mulut anak kecilnya menggunakan tangan kiri!! Mak Aji cukup terkejut dan mengeluh sendiri!

Kalaulah orang tua Mak Aji, terutama sekali arwah ibu melihat situasi macam ini, tentu dia pun kesal sebab pada kebiasaannya perkara-perkara seperti ini bukannya diajar secara langsung kepada kita tetapi kita pelajari daripada suri teladan ibu bapa kita. Apabila sudah terbiasa dengan teladan yang sebegitu, dengan sendirinya terbentuklah adab pada diri kita. 

Mak Aji sebenarmnya tidak menyalahkan orang-orang muda dalam hal ini sebab dek kerana tidak diasuh dengan baik oleh ibu bapalah begini jadinya anak-anak kita sekarang!! Jadi, sebagai ibu bapa, sudah cukupkah asuhan dan didikan kita kepada anak-anak agar mereka besar nanti menjadi orang yang beradab dan yang lebih penting lagi berakhlak baik??

Sumber Foto: Google images


2 comments:

Aida Salleh said...

anak muda sekarang dah hilang sifat malu kak. bukan setakat hilang malu pada Allah tetapi malu pada manusia juga sudah hilang. :-(

tentang minum berdiri tu kan kak, saya biasa juga buat. pernah sekali ditegur oleh boss..huhuhuuu...malu sungguh. kadang2 bila nak cepat lupa segala adap. huhuhuhuuu

Ummu Madihah said...

Bukan orang muda aja Da, orang tua pun! Minum berdiri pula, kalau kat ofis kita pun, kalau minum pagi bila ada majlis memang berdiri pun, walaupun 99.9% stafnya Melayu Islam! Entah bilalah nak berubah. Kalau kita tak mulakan siapa lagi ya??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...