Followers

Tuesday, 29 May 2012

Hand-tied Bouquet

Setelah mempelajari kaedah memberi nilai tambah kepada sekuntum bunga hidup dengan membungkusnya dengan rapi agar lebih cantik, Mak Aji beralih pula kepada jambangan bunga tangan. Ada dua jenis yang dipelajari iaitu jenis berlingkar (main terjemah agak-agak aja, tak rujuk mana2, he he!) (spiral) dan juga jenis leper (flat). 

Sebenarnya Mak Aji ada sedikit takut dengan bunga hidup sebab bunganya agak 'manja', mudah patah dan tidak tahan lama tetapi cukup cantik dan memberi makna yang lebih kepada penerimanya! 

Mak Aji bermula dengan bentuk spiral. Sebenarnya bentuk spiral bukanlah bentuk jambangan yang diperoleh tetapi kaedah menyusun batang bunganya secara spiral untuk menghasilkan jambangan berbentuk bulat atau separa bulat seperti yang Mak Aji siapkan ini: 

Spiral hand-tied bouquet!

Setelah berhempas pulas menghasilkan jambangan spiral, Mak Aji belajar pula flat hand-tied bouquet. Rasa macam tidak percaya yang Mak Aji berjaya menghasilkannya!! Seronok amat!:

Amacam, cantik tak??

Rupa-rupanya banyak langkah yang perlu dibuat untuk menghasilkannya. Antara yang menarik, perlu meletakkan kapas pada hujung batang bunga (macam mengapan orang matilah pulak! Memang itu yang terlintas di hati ketika itu!). Banyak lapis kena balut, kertas tisu kalis air sahaja tiga lapis, plastik lutsinar selapis. Padanlah harganya mahal apabila siap!!

Berikut pula jambangan yang dihasilkan oleh salah seorang pelajar yang mengambil kursus profesional (Mak Aji punya untuk amatur sahaja!). Lihatlah hasilnya yang memang kelihatan profesional!! Suka sangat, cukup menawan!

Mak Aji suka!


2 comments:

Aida Salleh said...

wow...cantiknya kak.....birhday saya 1 april tau kak (mimpi dapat bunga hasil gubahan kak sendiri...hahahaha...tak malu)

Ummu Madihah said...

Ha ha ha!! TQ Da, mcm mana nak ngantar ke Dewan tu 1 April depan ni???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...