Pagi-pagi ini Pak Aji bemberitahu bahawa semasa dia pergi ke porch, bunyi burung ngobok putih (entah apa nama rasmi atau saintifiknya - itu nama yang biasa Pak Aji sebut di kampung) bising-bising 'marahkannya' kerana mengganggunya yang sedang membuat sarang di pokok buluh Jepun, di tiang porch. Selain itu, ibu kucing entah dari mana datangnya baru pula beranak di tepi dinding (luar rumah) bilik tidur - entah berapa ekor pulalah anak kucingnya! Hai, Pak Aji jadi 'bapa' lagi hari ini!
No comments:
Post a Comment