Followers

Friday, 18 May 2012

Bungkus Hadiah Pelbagai Bentuk

Pada hari keempat kursus, Mak Aji belajar membungkus hadiah pelbagai bentuk dengan pelbagai gaya. Ada cara membungkus hadiah (contohnya kotak empat segi) dengan kaedah serong (diagonal), ada yang secara lurus (side) dan ada yang mengikut bentuk (contohnya kotak biskut berbentuk silinder atau botol). Berikut foto hadiah yang dibungkus pada hari ini:

Diagonal wrap finished with a single butterfly bow.
Pandangan dari belakang.

Mak Aji rasa jenis bungkusan di atas memang agak biasa dan Mak Aji sendiri sudah biasa membuatnya. 


Cross wrap.

Yang di atas ini juga sudah agak biasa dibuat. Berikut pula bungkusan yang memang mencabar. Mak Aji sengaja memilih kertas pembalut yang agak keras dan tebal. Jadi, menghasilkan bungkusan yang kemas memang agak sukar tetapi apabila siap, memang memuaskan hati!!


Cylinder wrap.

Berikut cara bungkusan yang paling Mak Aji suka dan paling berpuas hati menghasilkannya. Perhatikan lipatan seakan-akan kain Saloma, dengan corak umpama lace, agak seksi, apa lagi dengan bentuk botol yang ramping umpama kerengga!! Bungkusan ini menggunakan dua lapis kertas pembalut jenis tisu.


Bungkusan botol yang dasarnya empat segi.
Perhatikan lipatan pada bahagian bawah 'kainnya!'

Berikut pula keseluruhan hasil kerja seharian:


Seharian menghasilkan semua ini.

Berikut dua hasil gubahan bunga jenis Eropah (juga ada pengaruh Timur - Ikebana) karya dua pelajar Sally (guru), seorang dari Bandung dan seorang dari Jakarta (mengikut suami bertugas di sini). Cantik sekali gubahan meraka dengan bimbingan Sally).

Hasil pelajar dari Bandung.
Mak Aji suka yang ini - karya pelajar dari Jakarta.

Mak Aji juga tidak lupa mengendeng setiap kali ada tempahan daripada pelanggan. Berikut fruit basket untuk pelanggan. Rasanya tidak susah untuk menghasilkan gubahan yang seperti ini! Saksikan:


Ada tiga unsur, buah, bunga hidup dan riben.
Ribennya French bow dengan kombinasi dua jenis riben.
Agak simple tetapi cukup menarik!

Jumpa lagi, insya-Allah!!!


3 comments:

AsiahRSC said...

Nanti, I know who to find and where to go bila nak bungkus hadiah dan buat gubahan bunga!!! Tak payah susah2 cari tempat nak tempah dah, mintak tolong member jer. Bila lagi nak menyusahkan member kan? Apa lagi member dah free!!! hehe

Ummu Madihah said...

He he he!! It's good to learn something new, apalagi yg kita m,inat sejak dulu, cuma x berkesempatan shj. It keeps the mind working, agar x cepat nyanyuk, he he!!

Wan dida said...

Nak tanya, apa nama pembalut tu ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...