Followers

Sunday, 6 May 2012

Jamuan Perpisahan

Esok badan kebajikan bahagian mengadakan jamuan perpisahan untuk Mak Aji. Sebenarnya seperti yang Mak Aji sebut sebelum ini, Mak Aji agak kurang selesa dengan majlis seperti ini, rasa macam hibalah pula hendak tinggalkan staf bahagian dan juga ofis yang selama hampir 29 tahun Mak Aji bertugas di sini! Memang lama tempoh itu, namun Mak Aji rasa tidaklah lama sangat. Yang pasti, semasa Mak Aji masuk kerja, Mak Aji pakai baju yang saiznya jauh lebih kecil daripada sekarang! Kalau dahulu masih elok pakai kebaya, sekarang kebaya sudah tidak masuk buku langsung!

Mak Aji cuma ada dua minggu sahaja lagi tempoh untuk berkerja. Seminggu bermula esok hingga hari Jumaat dan seminggu pada minggu terakhir bulan Jun. Selepas itu, adios, arrivederci, sayonara, au revoir ......!!!

Semua yang bermula akan berakhir!!
Ini pesanan untuk staf bahagian yang tinggal!!!

Sumber foto: Google pics.



4 comments:

Aida Salleh said...

nampaknya masa yang ditunggu-tunggu sudah semakin hampir. seronok lah akak. tapi kami pulak kat sini hilang kawan. huhuhuhuuuuu

Ummu Madihah said...

Memang seronok Da, menghitung hari-hari terakhir seorang editor! Jangan risau, blog kan ada, just leave a note, sure to reply punya, insya-Allah! I'll keep u posted in my blogs!! Boleh tahu apa org tua ni dok buat! he he!

Sue Abd Aziz said...

Memang sedih... bos yang baik pasti akan tetap dikenang dan diingati setiap anak buahnya... nasib baik ada FB dan blog!... hehehheehh

Ummu Madihah said...

Alahai Su, sudah tiba masa, akan pergi jua!! Yang mengganti nanti, pasti lebih baik lagi, insya-Allah! Betul, nasib baik ada talian hayat, blog dan FB!! Br dok tengok gambar org kuat!! - Hakim! he he!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...