Followers

Wednesday, 2 May 2012

Hampir Kunjung Tiba

Dalam tak diam Mak Aji baru sedar bahawa 'hari-hari terakhir seorang editor' akan menjelang tidak lama lagi. Mak Aji insya-Allah akan berkursus sebulan bermula Selasa 15 Mei 2012 dan akan berakhir pada 22 Jun 2012. Pada 25 Jun Mak Aji kembali bekerja untuk berkhidmat dalam minggu terakhir hinggalah ke hari terakhir pada 29 Jun 2012. 

Dalam pada itu cuti rehat Mak Aji masih berbaki 2 hari lagi! Selebihnya ke golden handshake. Rupa-rupanya saat yang dinanti-nantikan sejak pertengahan tahun lepas akan tiba jua. Betapa cepatnya masa berlalu. Secepat itulah usia kita semakin meningkat dan semakin dekatlah kita dengan waktu untuk kita kembali yang abdi kepada-Nya!!

Catatan: I hate goodbyes. Have never been good at it, and in fact hate the idea of having to do so. Prefer to just disappear into the twilight!! 

6 comments:

Nuraihana said...

nnt boleh la tokma duduk umah naufal dgn imran lama2 sikit...hehehe....

Ummu Madihah said...

Yelah, tokma ngan tokbah, tokma sj xleh nanti tokbah bising kena tinggal! Nanti nak gi tengok yah ngan asyraf senang sikit, ada tiket murah, jom!! Boleh bw budak2 tu sekali!

Unknown said...

bestnya bila tengok org pencen... kami semua lambat lagi... tapi rasa cam tak sabar pula nak pencen...nanti cerita yer mengenai kursus yang Mak Aji ikut serta...

Ummu Madihah said...

Itulah namanya org muda, kena kerja lama lagi. Bagi can org tua rehat pulak, udah berpuluh tahun kerja. Tengok traffic jam pun rasa nak muntah! Nak hidup yg lebih tenang, tiada stres, sesuai dgn usia tua!! Udah x lasak mcm org muda!
Pasal kursus, insya-Allah, Mak Aji akan sentiasa berbekalkan kamera utk merakam setiap langkah (flower arrangement and gift-wrapping course)yang dibuat dalam kelas!!. Nanti boleh dikongsi.

Nuraihana said...

Nak buat passport kena bwk budak2 tue.....mama kena la temankan along g sekali,xmampu nak control budak2 nie dgn ramainya manusia kat sana nanti.risau dgn keadaan skrg,asyik keluar berita kanak2 hilang je...boleh eh mama ye....cayunk mama.....

Ummu Madihah said...

Insya-Allah boleh, kat sini boleh, kat JB pun boleh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...