As-salam.
Semalam Mak Aji membalas dendam terhadap kek minyak yang tidak menjadi untuk kedua-dua kalinya! Dua adunan disediakan, satu kononnya untuk dibakar dan satu lagi untuk dikukus. Malangnya acuan tidak muat di dalam kukusan, maka kedua-duanya dibakar sahaja. Dalam pada ingin membalas dendam, hati masih belum betul-betul yakin yang kali ini akan terhasil kek yang menjadi! Lalu, Mak Aji tiadalah bersusah payah membuat yang berlapis-lapis. Sebaliknya dilarik-larik sedikit sahaja. Makanya, dari segi rupa tiadalah secantik yang tempoh hari. Oklah, sekali lagi akan dibuat yang betul-betul pula! Perjuangan mendapatkan kek minyak yang unggul masih belum tercapai, he he!
Mari kita saksikan:
|
Sebelum dibakar. |
|
Selepas dibakar. |
|
Yang satu lagi - sebelum. |
|
Selepas. |
|
Hasilnya, kek minyak yang gebus gebas, memang puas hati kali ini! |
Cuma ada dua perkara yang Mak Aji musykil - mengapa ya kek ni macam mat saleh lepas berjemur panas di pantai? (tanned) dan mengapa perlu ada rekahan di tengah-tengah tu?? Kek pertama dibakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 40 minit. Apabila keluarnya tanned, maka untuk kek kedua Mak Aji tetapkan suhu 170 untuk selama 45 minit. Bila ada bahagian tengah yang belum masak, ditambah lagi 5 minit. Mengapa tidak rata permukaannya?? Mak Aji menggunakan fungsi Convection pada ketuhar Gelombang Mikro. Kalau kek lain tiada pula begini jadinya!
6 comments:
assalam...cantik jer rupa kek tu...macam takder masaalah jer...tu belum rasa lagi...tentu sedap kan..
kalau kek merekah,maknanya terlebih tepung/keras..kalau mendap bahagian tengahnya..maknya terlebih cecair....boleh jd jugak sebab setting suhu kat mikrovave kita...tak sama setiap brand..
Assalamualaikum kak.
Rajin betul akak buat kek sekarang, Kalau dulu macam ni mesti selalu dapat rasa kan kak kan? :-)
Cuba letak resipi. Kalau oven saya 170-180 utk kek kira sgt panas. Saya guna 150 utk 1 jam tp kalau buat lebih kek serentak, kek kemudian hanya 40 minit. 20 minit pertama atpi atas bawah, 20 minit kemudian api bawah sahaja. Dan lagi tin kek tu berwarna hitam, lagilah menyerap haba. Saiz tin kek juga menyumbang kepada haba.
Wahhhhh..brjaya akhirnya :))) tahniah mak aji...cantik plak tu :)
Salam QA,
Alhamdulillah cuma hitam manislah pulak dia!
Post a Comment