As-salam.
Sudah beberapa minggu Mak Aji menyimpan cerita ini sebelum Mak Aji membuat catatan ini. Mak Aji berpeluang bertemu dengan seorang janda berusia awal 40-an semasa Mak Aji balik kampung beberapa minggu lalu. Dalam kami berborak tentang hal-hal biasa, secara tidak disangka-sangka terkeluar kisahnya seperti di atas.
Apabila Mak Aji bertanya mengapa dia tidak kahwin lagi setelah berpisah dengan suami pertamanya. Katanya dia sebenarnya sudah berkahwin. Terkejut juga Mak Aji sebab dia merupakan saudara sebelah Pak Aji dan mustahil kalau dia berkahwin semula Mak Aji tidak mengetahuinya.
Dalam teragak-agak dia bercerita yang suaminya orang halus/orang bunian! Katanya suaminya segak dan berbadan tegap. Janda itu pun boleh dikatakan ada rupa jugalah. Katanya lagi dia juga sudah melahirkan dua anak lelaki hasil perkongsiaan hidup dengan suaminya itu! Berdiri jugalah bulu roma Mak Aji ketika dia bercerita. Mak Aji sekadar mengiyakan dan mengangguk sahaja tanpa memberi apa-apa komen. Mak Aji kurang pasti akan boleh atau tidaknya manusia berkahwin dengan jin/orang halus/orang bunian ini!
Mak Aji juga tidak bertanya lanjut lagi sebab mungkin agak terkejut dengan kenyataannya itu. Namun demikian, Mak Aji memang agak hairan juga dengannya sebab kelihatannya seolah dia tidak langsung menujukkan minat untuk berkahwin lagi walaupun sering mendapat lamaran daripada duda mahupun bujang yang berminat untuk memperisterikannya!
Setahu Mak Aji keluarganya tidak mengetahui hal ini sebab dia tinggal bersendirian (suaminya memang datang sekali-sekala ke rumahnya!). Suaminya juga akan marah sekiranya ada lelaki yang menunjukkan minat terhadap isterinya itu dan akan menggagalkan hasrat lelaki tersebut!
Seramkan kisah ini!! Mak Aji lebih suka kalau tidak diberitahu akan hal ini oleh janda tersebut!
Berikut blog Haji Lokman (bapa mertua Ashraf Muslim) yang bercerita tentang perkahwinan antara manusia dan orang bunian!-
http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hj-lokman/berkahwin-dengan-bunian
Gambaran orang bunian. Bagaimana pula kalau bunian lelaki ya?? Sumber: www.gambargambarpelik.blogspot.com |
Berikut blog Haji Lokman (bapa mertua Ashraf Muslim) yang bercerita tentang perkahwinan antara manusia dan orang bunian!-
http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hj-lokman/berkahwin-dengan-bunian
8 comments:
salam makji,
Agaknya dia dahkena pukau ngan bunian kot..kalau jin islam bolehlah diterima lg..kalau jin kafir?
rsnya elok bwk dia pegi berubat tuh makji drp dok ngan ji gitu..eee seram..
mak aji..link tu takleh buka..:)
suami org bunian..hehe mesti sangat2 hensem..
kak kamsiah, copy paste link ni : http://blog.fs-alpha.com/
mak Aji, sekilas pandang namapak cantik je Nasha tu, tgk telingan trs rs seram. hehe
Salam Ummuaidan,
Itulah pasal. Mak Aji ada dengar yang manusia tak boleh kahwin sebab alasan itulah. Mereka boleh aja mengaku Islam walhal kafir! Betul tu, nak kena ikhtiarkan berubat dia tu.
Salam Kam,
Mak Aji dah betulkan linknya. Kata orang mereka ni boleh je berupa siapa sahaja kecuali Nabi kita. Pada masa yang sama mereka dikatakan mempunyai rupa yang begitu buruk hinggakan kita tidak sanggup melihatnya. Bayangkan bersuamikan orang yang rupanya begitu??!!
Salam Zonaku,
Memang orang kata mereka ni kelihatan cantik, dan itulah rupa yang diperlihatkan kepada kita tapi rupa mereka sebenar,.... eei!!
Alamak. .seramnya mak aji..klau betul bgai dkata..mmg kena ubatkn ni...mcm dh agk parahkn :(
Salam QA,
Memang kes parah, pun pertama kali Mak Aji face to face dengan orang yang sebegini, memang berdiri bulu roma dibuatnya!
Post a Comment