Followers

Wednesday 4 December 2013

Persiapan untuk Ziarah ke Baitul Maqdis

As-salam.

Pada 1 Disember lepas Mak Aji dan Pak Aji hadir taklimat yang dianjurkan oleh Gotz Travel Sdn. Bhd. yang menganjurkan ziarah seperti pada tajuk entri. Taklimat diadakan di Restoran kegemaran kami, Al-Rawsha di bulatan Kg. Pandan. 

Pada pertama kali Pak Aji menyebut tentang ziarah ini Mak Aji memang amat gabra sebab kalau disebut Palestin sahaja kita akan terbayang suasana bom sana-sini serta kekejaman Yahudi yang menjajah mereka. Setelah diberikan penerangan oleh wakil syarikat dan disertakan pertunjukan slaid, maka Mak Aji bolehlah menarik nafas lega. Keadaan di tempat-tempat yang bakal kami ziarah insya-Allah aman dan tiada masalah dari segi keselamatan. 

Ziarah kami akan dibimbing oleh Habib Ali bin Zainal Abidin, pendakwah yang kami biasa hadiri kuliahnya di Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa.

Habib Ali bin Zainal Abidin.

Ziarah ini akan disertai oleh seramai sekitar 83 orang yang terbahagi kepada dua kumpulan yang berangkat secara berasingan, namun akan bertemu di sana nanti. 

Segala urusan imigresen diuruskan oleh Gotz Travel dan ia melibatkan kelulusan daripada kerajaan Malaysia yang memberikan kami kelulusan untuk memasuki Israel. Visa juga dikeluarkan oleh Israel untuk kami. Kalau anda perasan, pada pasport kita terdapat kenyataan yang menyebut bahawa pasport kita sah laku untuk semua negara kecuali Israel (cuba periksa pasport). Memang agak pelik, kan! Mak Aji ada video yang cukup 'kiut' yang menunjukkan seorang anak kecil yang menghafal nama negara serta ibu negaranya. Perhatikan apa tindak balasnya apabila ditanya tentang Israel!


Insya-Allah kami akan bertolak pada 9 Disember dan kembali pada 18 Disember nanti. Sekembali nanti insya-Allah akan ada cerita menarik dari sana. Tunggukan ya! Oh ya, mohon anda sekalian mendoakan kami di sana ya, agar selamat pergi dan kembali!



9 comments:

Umm AA said...

Salam makji,
berruntung dapat peluang untuk menjejaki kaki kesana..dapatlah melihat keadaan saudara kta disana..semoga dipermudahkan yer makji..tak sabar nak dengar cerita

zonaku said...

Mak aji...
jangan lupa amik gambar banyak2 ya.... saya teringin tapi belum cukup keberanian.. wallahualam apa y sy risaukn....

insyaallah selamat sepanjang perjalanan, jaga kesihatan ya.

kakmonie said...

semoga selamat dalam perjalanan

Aida Salleh said...

Semoga akak dan rombongan kesemuanya sentiasa dilindungi Allah....

Ummu Madihah said...

Salam Ummuaidan,

Alhamdulillah terbuka peluang ke sana. Pak Aji agak biasa dengan Gotz Travel ni sebab beberapa kali berurusan dengan mereka untuk ke Yaman tempoh hari. Pun sebab Habib Ali. Insya-Allah akan dikongsi pengalaman sepanjang di sana. Terima kasih atas doa!

Salam Zonaku,

Mak Aji sekarang dok clearkan kamera daripada stok foto di dalamnya agar boleh muatkan semaksimum foto. Dengar katanya Israel memang alu-alukan pelancong ke sana kerana duitnya. Mereka pun tak kacau kecuali rakyat India, Pakistan dan Arab. Kalau rakyat Malaysia, Indonesia mereka tak kacau. Insya-Allah ok kami di sana nanti! Usah risau! Lepas ni giliran Zonaku pula ya!

Salam Monie,

Insya-Allah, terima kasih!

Salam Da,

Insya-Allah Da, terima kasih atas doa tu!

QA's ~ mamapapa said...

Take care ye mak.aji :)

- dieyana - said...

salam mak aji. Diana tk pernah tgk passport, tapi ada terdengar yang tak boleh masuk Israel. ermmm..

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Alhamdulillah dah selamat balik pun. Sori lambat balas!

Ummu Madihah said...

Salam Dieyana,

Pada pasport kita tercatat - " Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali Israel." Jadi kita perlukan surat kebenaran khas yang dikeluarkan oleh KDN kepada agensi pelancungan. Pasport kita akan diambil oleh agensi dan apabila dikembalikan kepada kita ada cop imigresen yang menyatakan berikut:

This pasport is hereby valid for a SINGLE JOURNEY to Baitul Maqdis within ..... weeks/months from.....

Stay in Baitul Maqdis not to exceed ..... weeks/months. Di bawahnya tandatangan dan cop Imigresen.

Dah boleh pergi! Tanpa dokumen ini sorilah, tak lepas, lagipun dokumen ini penting terutama untuk kakitangan kerajaan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...