Kalau kita sebut tapai, kita akan membayangkan tapai pulut atau tapai ubi kayu. Tapai pulut pula biasanya (kalau di Pantai Timur) dibungkus dalam daun pokok getah (setangkai tiga helai daun - cukup comel).
atau ada juga yang diletakkan ke dalam bekas pakai buang (disposable - macam lampin bayilah pulak!) yang kecil comel.
Tapai ubi pula ada yang warnanya putih
dan yang lebih cantik yang berwarna kuning (susah sikit nak dapat).
Semasa majlis kahwin anak buah tempoh hari Cik Ning menempah tapai yang agak luar biasa sebab rupanya memang lain daripada yang lain dan dibungkus dalam bekas empat segi yang comel. Tapai ini juga dwiwarna. Memang luar biasa dari segi rupa dan cukup manis!
Mak Aji menggelarnya tapai 'Lautan Biru' sebab pembuatnya berani mencuba sesuatu yang baru (berbanding tapai stereotaip yang lain), yang belum pernah dicuba oleh orang lain dan eksperimen tersebut terbukti berjaya memikat peminat tapai!! Kalau begini rupanya, ada rupa dan sesuai masuk majlis yang gah!
|
comel kan! |
Bercerita pasal tapai, teringat pula Mak Aji tentang cendol pulut tapai yang biasa Mak Aji makan semasa bertugas di Kota Bharu sekitar tahun 2000 lepas. Gerainya terletak di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, berhadapan dengan Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu. Semasa balik kampung tempoh hari terlupa pula untuk mencarinya - memang terlalu sibuk pun dengan kenduri kahwin. Setakat yang Mak Aji makan rasanya inilah yang paling sedap, jadi kalau ke Kota Bharu, jangan lupa cari yang ori ya!!
Oh ya, sebenarnya tak payah ke Kota Bharu untuk merasanya sebab tapai dah 'maghi' ke KL pun! Tak perlu cari dia, dia datang cari kita!
Sebenarnya, Mak Aji baru terjumpa laman ini, rupanya oleh pengusaha cendol pulut tapai tersebut. Mereka sudah membuat promosi di lamannya sendiri, boleh ditempah di kawasan Ulu Kelang khusus untuk jamuan
dan sebagainya. Berikut lamannya:
http://dcendol.com/pakej.html
Syabas Mak Aji ucapkan kepada pengusaha ini - macam inilah sepatutnya orang Melayu berniaga!!!