Followers

Monday, 20 October 2014

What's Cooking??

As-salam.

Lama sudah BM tidak berkhidmat untuk tuannya. Semalam meroti pun pakai pengadun sahaja - semacam memanggil-manggil dia - gunalah aku, gunalah aku! 

OK-lah, kamu kata kamu boleh masak kek, kan! Mak Aji mahu uji sama ada kamu boleh betul-betul buat kek dengan baik atau tidak! Jadi Mak Aji mulalah memasukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kek mentega yang agak mudah mengikut resepi yang terdapat pada manual arahan BM tersebut. 

Sekitar satu setengah berlalu dan dering BM menandakan kerjanya sudah tamat. Mahu lihat apa yang dihasilkannya?:

Boleh tahan gebu dan lemaknya kek ini (sila abaikan kesan rongak di kanan - tempat paddle BM).
Kek yang sudah siap dibakar.
BM sedang sibuk mengacau.

Alhamdulillah BM terbukti dapat menghasilkan kek yang agak baik (cuma bahagian permukaannya agak crusty/garing sedikit berbanding kek biasa yang dibakar di dalam ketuhar)! Kalau kesuntukan masa atau anda mengalami lebihan vitamin M (malas!), anda bolehkan gunakan BM untuk menghasilkan kek anda. Cuma anda perlu keluarkan kek sebaik sahaja masak sebab kalau tidak kek anda akan menjadi lebih garing permukaannya! 



2 comments:

Unknown said...

resepi plisssss....

Ummu Madihah said...

Salam Norizan,

Mak Aji pakai resepi yang terdapat pada manual Bread Maker Cosway seperti berikut (gunakan program Kek):

Masukkan 140gm mentega, 4 biji telur, 320gm tepung naik sendiri, 220gm hula, 50ml susu segar dan 1 sudu lebih serbuk penaik mengikut turutan ini dan mulakan program kek. Kek akan siap kalau tidak silap dalam tempoh sejam lebih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...