Followers

Thursday, 16 October 2014

Roti Sarang Tebuan - Jom Sarapan!

As-salam.

Selamat pagi semua! Sudah sarapan? Mak Aji baru selesai alhamdulillah, dengan roti sarang tebuan yang dibikin sendiri bertemankan sekole Horlicks yang dicampur sesudu (yang disediakan di dalam tin) OATMAX BG 20 (fotonya di bawah). Mak Aji minum ini atas cadangan doktor untuk tujuan menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Kalau sebelum ini Mak Aji memasang niat untuk sama-sama menyertai usaha menghasilkan roti sarang tebuan ini, maka malam tadi tertunailah hasrat tersebut. Mak Aji agak kurang yakin dengan ketuhar sedia ada untuk menghasilkan roti. Ini kerana Mak Aji diberitahu yang ketuhar sedia ada kurang sesuai untuk meroti kerana roti yang dihasilkan akan sedikit kering! Walau bagaimanapun Mak Aji mencuba juga, kalau-kalaulah berhasil dengan baik! Nothing to lose! Jom lihat roti Mak Aji:


Dua ketul yang cukup mengenyangkan! Alhamdulillah sedap!!
Tambahkan sesudu oat ini dengan minuman kegemaran anda
sebelum anda bersarapan setiap pagi untuk menurunkan
paras kolesterol, insya-Allah.
Siap dibakar!
Ini sos butterscotch yang agak pucat (tiada gula perang, guna gula biasa sahaja).
Sesudah dijirus sos butterscotch sehingga sedikit banjir!!
Alhamdulillah segebu yang diinginkan!

Anda mahukan resepinya? (Asal-usul resepi ini daripada Kelab Roti di FB). Sila ke pautan berikut:


Catatan: Mak Aji punya tiadalah rupa sarang tebuan sangat - percubaan pertama! Insya-Allah nanti Mak Aji buatkan yang lebih cantik ya. Warna sos butterscotch juga agak pucat sebab ketiadaan gula perang. Yang Cik Manggis punya ini memanglah cantik! Oh ya, pun Mak Aji pakai sahaja apa-apa kacang dan bijian yang ada - kena beli stok bijan hitam biar cantik nanti! Alhamdulillah roti tidak kering, cukup lembab.

Jom meroti!!




2 comments:

Honey said...

Salam Mak Aji,

Whoa sangat menyelerakan!

Ummu Madihah said...

Salam Mak Aji,

Alahai segannya dgn Honey yang pro bab masak2 ni (sorok muka)! Mak Aji ni baru sekali ni cuba buat benda ni. Mak Aji pakai oven microwave Panasonic yg ada fungsi convection. Ada org kata kalau pakai oven ni roti jadi kering. Kena pakai oven yg ada api atas bawah dgn kipas, baru cantik roti. Apa kata Honey?? Walau dah tua, Mak Aji nak belajar ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...