Followers

Monday, 13 October 2014

Petua Kesihatan

As-salam.

Semasa kami balik kampung tempoh hari, di kampung tempat kami melakukan ibadah korban, Mak Aji memerhatikan Pak Aji khuyuk berborak dengan seorang pak cik. Mak Aji duduk agak jauh, jadi tiadalah jelas apa yang diperkatakan. Dalam perjalanan balik ke KL Pak Aji bercerita tentang apa yang diborakkan sebelum itu.

Pak cik tadi sebenarnya berusia 90 tahun dan beliau sihat walafiat kecuali demam sekali-sekali - makan Panadol sahaja baiklah dia. Beliau tiada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis atau sakit jantung! (malu pula kita yang lebih muda yang mengadu macam-macam sakit!). 

Antara lain, (tambah kata pak cik itu) orang zaman sekarang mudah sakit sebab sudah tidak 'berhubung' dengan tanah! "Kita berasal dari tanah, maka kita perlu rapat dengan tanah." Apa tidaknya, walaupun kita tinggal di rumah bertanah, kita memang tidak akan keluar rumah dengan berjalan kaki ayam! Apa lagilah orang yang tinggal di bangunan tinggi, lagilah jauh daripada tanah!

Mengikut pak cik ini, untuk merapatkan diri dengan tanah, kita perlu sekurang-kurangnya berjalan berkaki ayam sebanyak 100 langkah sehari untuk kekal sihat!! Amacam, jom kita cuba!

Tanggalkan capal, jom berkaki ayam pulak!!

Tiada salahnya mencuba. Bukannya rugi atau luak apapun, kan! Jom!!

6 comments:

nurbijen said...

Salam mak Aji...
Kat sini lagi lah payah nak jumpa tanah.
Ayah mertua saya pun jenis suka berkaki ayam... Patut lah masih gagah jaga dan main dgn cucu2... baru saya tahu...

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Waktu musim panas kalau keluar ke taman tu bolehlah kut berkaki ayam. Tak kena masa pulak beku pula kaki tu, he he! Arwah bapa mertua Mak Aji pun kalau kat keliling rumah dia dulu pun berkaki ayam juga! Pun meninggal sakit tua. Kan, dah ada testimoni tu!!

Syikin Maarop said...

memang betul kata pak cik tu.. org zaman sekarang agak susah nak berhubung dengan tanah.. mungkin sebab kekangan masa dan kerja..

hmm, tips yang bermanfaat untuk kekal sihat hingga tua.. :)

- dieyana - said...

erm...kena cuba ni..tapi kami kat sini..ada Tanah/jalan tar je lah...ermm..sesekali balik kampong pun, tk nyempat nak berkaki ayam..ihihi

Ummu Madihah said...

Salam Syikin,

Nampak gaya kita nak kena peruntukkan masa untuk berhubung kembali dengan tanah walaupun tidak sekerap seperti kata pak cik tu ya! Semoga kita beroleh manfaat! :)

Ummu Madihah said...

Salam Dieyana,

Hari minggu kena pergi ke playground - sambil lepaskan anak2 main, kita pun main jalan kaki ayam juga, he he! - tasik perdana ke, tasik titiwangsa ke! Jom!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...