Followers

Wednesday, 29 October 2014

Gara-gara Mahu Cepat

As-salam.

Mak Aji masih tersenyum apabila teringat entri kawan blogger yang tersarung stokin berlainan warna. Dia hanya perasan apabila mahu menanggalkan stokin untuk solat! Entah silap tukang lipat atau tukang pakai, Allahualam.

Teringat pula Mak Aji akan pengalaman sendiri semasa masih berkhidmat dahulu. Macam biasalah kalau namanya bekerja di kota raya yang terkenal dengan kesesakan lalu lintas, maka semua orang tergesa-gesa mengejar punch card. Dalam keadaan tergesa-gesa itulah kita sering melakukan kesilapan, yang antara lainnya kesilapan di atas.

Mak Aji menyimpan beberapa pasang kasut di dalam kereta agar senang untuk mengenakannya setelah sampai ke ofis. Warnanya biasa yang neutral, hitam, coklat dan juga krim - senang disesuaikan mengikut warna baju kurung yang dipakai. Ketinggiannya juga sama - orang muda sahajalah yang masih mampu mengenakan kasut tumit tinggi, Mak Aji sudah lama meninggalkannya! 

Pada suatu hari dalam kekalutan untuk cepat sampai ke punch card (dalam tempoh yang bersisa seminit dua), Mak Aji main sarung sahaja kasut dan berlari mengejar masa. Dalam ke hulu ke hilir menjalankan tugas ada kawan yang menegur sambil menuding ke kasut Mak Aji - alamak, kasutku berlainan warna! Kami tergelak besar. Mak Aji berlari ke kereta untuk menukarnya.

Mak Aji juga pernah ke ofis dengan memakai baju terbalik! Pakaian seharian Mak Aji ialah baju kurung Johor yang disembat, yang dijahit oleh tukang jahit dari Batu Pahat (kakaknya rakan ofis). Mak Aji sudah berpuluh tahun menggunakan khidmatnya sehinggalah Mak Aji berpencen - hampir 30 tahun! Dari harga upah yang entah berapa hinggalah RM60 sepasang semasa Mak Aji hampir berpencen pada tahun 2012. 

Jika anda biasa dengan baju kurung sembat tahulah anda bahawa jahitannya cukup kemas sehinggakan anda sukar menentukan mana yang luar dan mana yang dalamnya! Apabila Mak Aji perasan sahaja, ke bilik airlah perginya untuk membetulkannya! Nasib baik diri sendiri yang perasan, kalau tidak malu lagi muka ini!

Sekadar hiasan - Malunya!!
Sumber fotowww.india-forums.com


6 comments:

Umm AA said...

salam makji,
yang pengalaman pertama tuh memng tak dpt nak elak dr tergelk jgklah kan..sib baik kengkwan inform..heheh
baju terbalik tak pernah merasa lagi..:)

Honey said...

Salam Mak Aji,

Saya juga pernah pakai tudung terbalik. Anak buah yang perasan, nasib baik tudung tu tak obvious sangat jika terbalik hahaha.

Ummu Madihah said...

Salam UAA,

Kalau dah nak kena ya, gitulah. Nasib baiklah takde urusan penting, meeting ke kat luar - baru haru! Bukan baju je, tudung pun! Nanti UAA balik kerja kat KL ni tahulah macam mana nanti ya! :)

Ummu Madihah said...

Salam Honey,

Tudung terbalik Mak Aji pun pernah kena, tudung bawal yang sulamnya agak simple, pun yg bezanya x obvious sangat juga! He he, rasanya ramai yang terkena dgn tudung ni ya!!

nurbijen said...

Saya pun pernah ada pengalaman mcm tu Mak Aji... sebelah selipar jepun, sebelah lagi pakai kasut.... Mmg bz sangat hingga tak boleh perasan.... Perasan pun masa beratur nak beli makanan... sanggup balik rumah semula utk tukar pakai kasut... Takkan nak mengajar pakai sebelah kasut, sebelah selipar pulak, kan? keh keh keh.... Entah apa lah duk fikir dalam kepala masa tu..

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

He he, dalam banyak2 ni yang paling best, sebelah selipar Jepun sebelah kasut!! Nasib baik perasan sebelum masuk kelas, kalau tidak tau ajelah budak2! Fikiran melayang entah ke manalah tu agaknya! Jauh betul perginya! - belum habis sakit perut gelak, he he!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...