Followers

Wednesday, 25 July 2012

Cek Mek Molek

Kuih untuk berbuka petang ini, cek mek molek. Anak Mak Aji, Madihah hantu kuih ini. Sejak kecil inilah kuih kegemarannya.

Cek mek molek

Walau bagaimanapun, cek mek molek yang dihasilkan petang ini agak sedikit 'kekerasan'. Memang tidak puas hati dibuatnya. Mak Aji rebus keledek agak terlewat sedikit. Jadi, keledek tidak sempat sejuk. Ubi dilecek semasa masih panas lagi. Berbanding biasa, banyak tepung yang terpaksa digunakan untuk menghasilkan dohnya (dalam hati, jangan keras kuih ini, sudah!). Memang kerisauan menjadi kenyataan! Memang keras! Di manakan silapnya?? Adakah kerana ubi dilecek ketika masih panas? Sesiapa boleh bantu?


Sumber foto: Google Images (sebab kuih walau sedikit keras licin juga dimakan anak-anak, jadi terpaksalah guna gambar orang!)

7 comments:

Aida Salleh said...

kak, saya pun suka jugak cek mek molek ni walaupun saya bukan org kelantan. :-)

Ummu Madihah said...

ya ke, takde masalah, semua org boleh suka, nama pun cek mek molek, dah molek, orang sukalah! Cuma kali ni je yg kureng menjadi!!

Suhana dbp swk said...

maknanya puan, kalau nak buat, kena tggu adunan keledek tu sejuk baru campur dengan tepung ek. Sy selalu lepas lenyek terus campur tepung, tu yg kdg guna byk tepung...hehe

Suhana dbp swk said...

tapi saya selalu buat macam tu ok je cek mek molek, taklah keras beno..hmmm

Ummu Madihah said...

tak tahulah Su, belum dpt tahu secara pasti mcm kenapa yg jd keras tu, sbb lenyek masa panas ke atau tidak?? Itu teori yg belum ada bukti empirikal, he he!! Kalau Su buat x keras salahlah teori tu! Kena cari pakar cek mek ni!

Suhana dbp swk said...

hehehe..okies puan..roger, nanti kita kaji lagi dan tanya pakar k...hehe

Ummu Madihah said...

he he he, ok Su!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...