Untuk kawan-kawan di ofis lama Mak Aji, juga semua kakitangan awam, alhamdulillah sebab semuanya akan merasa bonus sempena raya yang akan menjelang!
Kalau Aieyda agak tension kerana kesesakan lalu lintas pergi balik kerja semasa puasa, Mak Aji fikir macam ini - anggaplah bonus ini sebagai ganjaran kerana terpaksa meredah kesesakan sepanjang puasa! Bila terbayang kerceng-kerceng (duitlah tu!), redalah sedikit tension!!
Minta sikit!! |
Mak Aji pernah bertugas di luar pejabat pada tahun lepas di Sabak Bernam. Keadaannya cukup tenang, kalau waktu tengah hari boleh balik makan di rumah!! Tidakkah bahagia begitu?? Agaknya kalau masuk kerja jam 7.30, keluar rumah jam 7.20 pagi!! Agaknya cuma jumpa dua lampu isyarat sudah sampai ke pejabat! How wonderful life is .....!!
Pesanan untuk Aieyda, relakslah, cuba bertenang, jangan sampai mahu naik motor, simpan sahaja air dan biskut kering, takut terbuka puasa dalam kereta. Satu perkara lagi, cuba bayangkan yang 9 Ogos, duit masyuk!! He he he!!
Catatan: Tentu meriah tingkat 5 setiap hari bulan puasa ini ya!
2 comments:
hehehheee...best jugak sekali sekala dapat upah meredah jem ni kak...:-).
saya dah ada cara mengelak jem dah kak. balik kul 7 confirm tak jem...tapi tak sempat buka di rumah lah. tapi kalau balik pukul 6.40ptg sempat buka di rumah. jem sikit je depan istana. lepas istana lajuuuuuuuuuu...jadi mmg tak stress lagiii.....:-)
he he! Panjang akal adikku ni dpt cari jalan elak jam. Esok boleh plan nak makan kurma dgn air apa utk berbuka dlm kereta!!
Post a Comment