Seperti biasa setiap kali balik kampung, kami berusaha agar dapar pekena cendol pulut tapai di tepi Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu. Kali pertama kami menyinggah gerainya tutup - alamak, tiada rezeki! Kali kedua menyinggah, Mak Aji tiada berharap sangat sebab ketika itu masih pagi, sekitar jam 10 lebih. Namun, alhamdulillah gerainya dibuka.
Sebenarnya kami baru selesai pekena makan pagi di kedai pokok ceri - tempat tumpuan untuk makan nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang, nasi tumpang, pulut (warna coklat) dengan kelapa dan lain-lain. Jadi, kepuasan menikmati cendol pulut tapai agak sedikit terbantut dek kerana perut agak sudah penuh!
Kami pekena ABC/cendol untuk kali keduanya sejak balik kampung dan Mak Aji baru terlintas di hati - padanlah ABC/cendol terasa kurang sedikit berbanding selalu - ais yang digunakan semuanya ais kiub dan bukan lagi ais ketul! Hendak tahu kesannya - gigi terasa ngilu sebab ketul aisnya besar dan bukannya halus bak salji jika digunakan ais ketul!! Hai, sekarang orang tidak lagi menjual ais ketul, macam mana hendak diperoleh ABC/cendol seperti dahulu??
Ini rupa cendol pulut tapai yang sudah agak kureng dari segi rasa sebab gigi asyik ngilu sepanjang memakannya!:
Sudah kurang umph sebab ketul aisnya mengilukan! |
Catatan: I miss the good old days when ABC's were real ABC's, not like the ones today!! No more snowflakes!!
4 comments:
betolla mak aji. sekarang susah dah nak jumpa yg ais kisar tu.
tulah pasal. ABC tak macam dulu lagi dah, hu hu!!
Gunalah ubat gigi colgate sensitive..rasa ngilu tiada lagi.
Salam tapai,
terima kasih atas nasihat itu.
Post a Comment