Pada tengah hari ini Nick dari Nick Designs siap memasang bidai untuk beranda belakang rumah. Sekarang apabila diturunkan bidai, tidaklah Mak Aji perlu bertudung di dalam rumah setiap kali melintas pintu untuk keluar ke beranda. Selesalah sedikit. Bidai itu juga berfungsi untuk menahan cahaya matahari, jika terik.
Langkah seterusnya, untuk meninjau kemasan lantai - tikar getah sahaja - agar tidak perlu berselipar di ruang tersebut. Juga Mak Aji perlu tempah pintu kecil untuk laluan masuk ke beranda dari luar. Mak Aji sukakan corak filigree seperti di bawah ini - mahu ke agaknya orang grill membuatnya sebab nampak leceh (tentunya Mak Aji mahukan kos seminimum mungkin)??
Ini sebenarnya untuk menutup pendiang tetapi reka bentuknya boleh dimanfaatkan. |
Ini pula pintu untuk taman - menarik, kan! |
Bagaikan tempat puteri beradu .......! |
Dalam mencari-cari reka bentuk filigree, terjumpa pula reka bentuk katil di atas! Cantik bukan! Kalau tidur di sini, tentu rasa macam tuan puteri, ya!!
1 comment:
Assalamualaikum Mak Aji,
saya terjumpa blog Mak Aji masa tengah cari info jual bidai kayu ni.. saya tengok Mak Aji pasang cantiknya..
boleh saya tahu beli di mana? Besar Mak Aji ni berapa ringgit?
Terima kasih,
Mazza
phdnai@gmail.com
Post a Comment