Insya-Allah umat Islam di Malaysia akan mula menjalani ibadah puasa pada hari Sabtu, 20 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadan 1433 H.
Sempena kedatangan bulan yang penuh keberkatan, Mak Aji ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada semua umat Islam yang sudi mengunjungi blog Mak Aji. Tidak lupa juga Mak Aji ingin memohon berbanyak-banyak kemaafan jika ada kata-kata Mak Aji di sini yang telah mengguris rasa sesiapa yang hadir di sini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan segala yang tidak baik itu datang daripada Mak Aji sendiri.
Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk hadir pada Ramadan ini. Semoga kedatangan Ramadan kali ini juga bukanlah yang terakhir buat kita dan semoga kita akan memanfaatkannya sebaik mungkin demi kehidupan kita yang kekal di akhirat nanti, insya-Allah!
Ahlan wa sahlan, ya Ramadan!!
Sumber foto: Google Images
4 comments:
Selamat berpuasa juga kepada Mak Aji dan sekeluarga... Su pun mohon ampun dan maaf kalau ada salah silap. Insya-Allah, kita sama-sama berusaha untuk memperoleh redha Allah SWT. Amin.
Insya-Allah Sue!!
Selamat berpuasa buat kak dan keluarga. Mohon maaf zahir dan batin ya kak.
Terima kasih Da, semoga Ramadan ini lebih bermakna berbanding tahun-tahun lalu!
Post a Comment