Followers

Tuesday, 10 July 2012

Nasi Kerabu Full Spec?

Kita biasa dengar kereta kalau dibeli, yang full spec atau yang 'kosong', yang tiada apa-apa tambahan kecuali yang asas sahaja. Kali ini Mak Aji hendak cerita tentang nasi kerabu full spec pula!

Pak Aji sudah biasa makan nasi kerabu ini yang biasa dibeli oleh arwah kawannya apabila dia balik kampung. Lokasinya di kawasan sekitar Bunut Payung. 

Mahu lihat rupanya? Ini dia:

Nasi kerabu full spec!!

Kalau hendak tahu, nasi kerabu ini jenis yang tanpa tumis, versi kering. Yang basah cuma budu yang dimasak (tidak basi walaupun sampai ke petang, malah malam!!). Yang dimaksudkan dengan full spec - ada ikan sardin celup tepung, telur asin, separuh solok lada, daging bakar, keropok, ayam goreng (ada juga sepotong asam limau nipis!!) 

Kami beli nasi ini untuk sarapan pagi. Gerai ini dibuka di hadapan rumah, tiada tempat makan (disediakan beberapa kerusi plastik untuk menunggu giliran membeli!). Maka kami terpaksa bungkus dan makan di gerai makan lain. Mak Aji minum bersama-sama air kopi susu unta!:


Kopi cappucino susu unta.

Untuk pengetahuan, rasa susunya macam susu biasa sahaja! Nama sahaja glamer!!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...