Followers

Monday 23 July 2012

Layan Bunga Tiruan

Hari Sabtu lepas Mak Aji mengikut adik dari Berdua Bridal  ke sebuah kedai pemborong/gudang menjual bunga tiruan di Balakong. Adik merupakan pemegang kad ahli (syarat masuk ahli perlu membeli beberapa ribu nilai bunga tiruan terlebih dahulu!) dan untuk belian bunga sebanyak kuantiti tertentu, dia boleh mendapat diskaun sehingga 40%! Selain bunga tiruan tempat ini juga menjual barang-barang lain yang digunakan untuk persiapan hantaran seperti beg door gift, contoh hantaran, barang-barang hiasan untuk hantaran dan pelbagai lagi. Begitu banyak pilihan yang terdapat di gudang dua tingkat ini. Memang boleh leka seharian di sini! Berikut beberapa foto yang sempat dirakam. Mak Aji kurang berani sebab ada CCTV di situ, takut tidak dibenarkan pula merakam foto (tiada papan tanda yang menyebut jangan ambil gambar!)!!:

Ini tempatnya, Fah Lean Floral Trading Sdn. Bhd.
Tempat letak cincin pertunangan atau perkahwinan.
Anak buah berposing dengan bunga matahari saiz gergasi!
Contoh hantaran sirih.
Juga contoh hantaran sirih.
Bunga hiasan yang cantik.

Di tempat ini Mak Aji selesai membeli beg door gift untuk tetamu majlis kahwin Hanif nanti, juga kotak gula-gula untuk tamu kecil. Bunga-bunga untuk hantaran juga siap dibeli di sini mengikut warna tema yang sudah ditentukan. 

Untung ada adik yang memang pakar bab-bab seperti ini, bolehlah tumpang sekaki! Terima kasih banyak-banyak Ya!


Catatan: Anda boleh meninjau kedai borong ini melalui pautan yang Mak Aji buatkan khas untuk anda pada gambar kedai.



5 comments:

izla said...

masa nak kahwin dulu, selalu gak usha kedai2 borong mcm ni.
beli banyak, dapat lagi murah.
sekarang tak gi kut, kecuali kalau ada adik beradik nak kawin.

AsiahRSC said...

wow ... mesti you 'mabuk' tengok semua tu kan? I yang berapa minat ni pun kalau tengok benda-benda begitu pun 'terawang-awang' juga dibuatnya. The best thing is "beli nilai ribuan baru boleh jadi member"! You minat benda-benda macam ni kena jadi usahawan macam adik you jugaklah ...

AsiahRSC said...

Sorry .. I yang tak berapa minat ...

- dieyana - said...

apa khabar mak aji? wah, bnyk entri yang perlu dieyana qada'..hehehe..skrng tengah sibuk dgn bunga-bungaan lah ya? seronoknya....;-)

Ummu Madihah said...

Izla, memang Mak Aji pergi pun sebab menumpang kad adik sebab anak nak kahwin, kalau x takdelah sebab bukan member pun.

Siah, memang i minat, adalah mabuk sikit, nak jadi usahawan dah tak mahu dah, pergi tu pun sebab tumpang beli guna kad adik, kalau x tak adalah.

Alhamdulillah baik Dieyana, lama betul awk tenggelam, baru timbul! Qada jangan x qada! Belum sibuk sangat lagi, seminggu lepas raya nanti memang akan sibuk nak buat last minute prep. Memang seronok layan bunga tiruan kat sana, macam dok kat taman bunga, cuma tiada bau je!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...