Followers

Monday 22 October 2012

Nasi Mandy Restoran Al-Muttaqin

As-salam.

Pada hari Rabu lepas Mak Aji, Pak Aji serta guru Pak Aji (Baba Aziz) bertolak ke Kemaman kerana ada sedikit urusan. Menjelang tengah hari kami menyinggah untuk makan di Restoran Al-Muttaqin di Taman Chukai Utama, Kemaman. Itu kunjungan pertama kali Mak Aji ke situ. Tuan punya restoran (suaminya) merupakan salah seorang murid kepada Baba. Di dalam restoran terdapat suatu ruang khas untuk tetamu duduk bersila menjamu selera. Suasana di bilik tersebut menjadikan tetamu berasa seolah-olah berada di negara Arab - dekorasi yang terdiri daripada kusyen serta hiasan lain yang diterbangkan khas dari tanah Arab. 

Set kusyen yang cantik dari tanah Arab.
Setiap set terdiri daripada empat kusyen, satu kusyen untuk tempat duduk,
dua kusyen untuk belakang dan satu kusyen untuk meletak lengan.
Nasi mandy kambing dan ayam.
Produk lain juga dari negara Arab.
Terdapat juga kek dan kuih-muih.
Ruang makan di restoran. Di sebelah kanan ruang (dinding gelongsor bercorak)
untuk tetamu makan bersila.
Menu nasi di Restoran Al-Muttaqin.
Hadapan kedai.

Restoran ini bukan sahaja menghidangkan masakan Arab, malahan masakan barat juga. Seperkara yang cukup istimewa ialah tukang masak masakan Arab didatangkan khas dari Yaman untuk menjamin keaslian masakan dan kambing yang digunakan untuk masakan juga berusia sekitar enam bulan. Dengan itu daging kambingnya cukup lembut dan sedap. Cara masakan nasi mandynya dikatakan menggunakan cara tradisional Arab - dimasak di dalam tanah! 

Oleh itu, sekiranya anda berkunjung ke Pantai Timur melalui jalan pantai, jangan lupa untuk mencuba nasi Arab di Restoran Al-Muttaqin - anda pasti akan berazam untuk berkunjung lagi!!


2 comments:

MONIE said...

manarik latar hias kedai ni... mcm rmh kat Mekah

Ummu Madihah said...

memang berkenan jenis dekorasi ini. kalau dekat mahu juga tempah tapi jauh sangat dari nun!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...