Followers

Monday 22 October 2012

Gulai Kawah di Tengah Sawah

As-salam.

Pada hari Khamis lepas selepas bersarapan yang agak lewat, kami bertolak pula ke Kota Bharu. Kami tiba di Bukit Yong agak lewat, jadi nasi ulam yang kami idamkan tidak kesampaian. Kami terus ke Pasir Puteh untuk merasa nasi ayam kampung tetapi malang juga nasinya sudah habis! Kami meneruskan perjalanan ke Kota Bharu dan menyinggah di sebuah kedai makan yang menghidangkan gulai kawah serta ulam-ulaman dan lauk-lauk lain juga. Lokasinya di sebelah kanan mengarah ke Kota Bharu, selepas tidak sampai sekilometer dari simpang ke Jeram Pasu di Padang Pak Amat. Alhamdulillah gulai kawah masih ada walaupun jam sudah menunjukkan sekitar jam 4 petang. Kedai makan ini letaknya di tepi jalan dan juga tengah-tengah sawah padi! Lihat foto yang sempat dirakam:

Dari hadapan kedai makan.
Kedai makan yang cukup sederhana dari segi rupa tetapi cukup istimewa
dari segi hidangannya!
Gulai kawah, ikan serta ayam percik, solok lada, ikan bakar tawar serta ulam
dan tentunya budu!
Gulai kawah - daging dan juga umbut kelapa!
Air tuak (nira kelapa).
 
Semasa mula-mula melihat nasi dalam pinggan terasa banyak tetapi setelah mula makan, sedar-sedar sudah hampir habis nasi sepinggan dan selepas itu bertambah lagi sepertiga pinggan! Berselera sungguh kami makan gulai kawah yang cukup sedap - seperti gulai yang dimakan semasa kenduri kahwin - inilah dia yang istimewa apabila makan kenduri di Kelantan, gulai kawahnya!! Tambahan pula terdapat air tuak - seolah-olah makan hingga tidak ingat dunia, he he! Alhamdulillah!


2 comments:

MONIE said...

saya belum cuba buat gulai kawah... nak belajarlah

Ummu Madihah said...

memang sedap gulai kawah, kena pulak dibubuh umbut kelapa ataupun buah ara. masa kecik dulu ingatkan makan hati sbb rasa macam tu! biasanya kalau kenduri kahwin je dapat merasa. sbb tulah kenduri kat kg berbeza sangat drp di KL. Lauk ni juga ditambah-tambah bila luak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...