Followers

Monday 1 October 2012

Bas Berkuasa NGV

As-salam.

Sudah agak lama Mak Aji tidak menaiki bas dan kali terakhir agaknya semasa Mak Aji berulang semasa bertugas di JB beberapa tahun lepas. Kali pertama menaiki kenderaan berkuasa gas pun semasa bertugas di JB - menaiki teksi untuk ke lapangan terbang Senai. Ketika itu Mak Aji agak takut juga sebab banyak kejadian kenderaan berkuasa gas meletup!   

Pada pagi ini kebetulan bas yang Mak Aji naiki kehabisan gas (rupa-rupanya berkuasa NGV!!). Jadi, untuk pertama kali Mak Aji ke stesen bas NGV. Untuk pertama kalinya juga berpeluang menaikinya. 

Seperkara sahaja yang Mak Aji ingin sebut sebab rasa tidak puas hati - pemandu bas Transnasional yang memandu bas tersebut sepatutnya lebih mesra penumpang!! Semasa Mak Aji memaklumkan bahawa Mak Aji minta diturunkan di Seri Puteri, Skudai dan bukannya di Stesen Bas Larkin, dia buat muka selamba umpama Mak Aji bercakap dengan robot semata-mata. Inilah yang orang kata 'buat muka derk!!" Selepas tidak mendapat apa-apa respons, Mak Aji berlalu sahaja - entah apa-apalah dia ni?? Alhamdulillah walaupun mendapat 'muka derk', bas berhenti juga di Skudai - rupa-rupanya beberapa orang juga penumpang yang turun di Skudai yang dilayan dengan 'muka derk' dia tu!!

Bas serba canggih-manggih, pemandunya, hai, tidak sepadan dengan bas!

Drebar bas 'muka derk' sedang mengisi gas. Drebar ini pun
banyak 'gas!!"


2 comments:

Anonymous said...

Dah sampai JB rupanya. Biasa la Mah,masa tu dia paling berkuasa atas muka bumi ni..power di tangan la katakan...program apa la gamaknya tu!

ummumadihah said...

Yes, dah sampai dah! Boleh relaks sikit, boleh mula bergaduh dgn cucu pun ya!! Tulahpasal, gila kuasa agaknya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...