As-salam.
Semasa berada di Kota Bharu Pak Aji mengajak makan tengah hari di Restoran Hamid di Pasir Pekan. Kami memang biasa ke situ dan masakannya alhamdulillah cukup menyelerakan. Berikut foto yang dirakam:
Tuan Hj. Hamid, restorannya patut didahulukan dan nama tuan haji dibelakangkan!! Hukum DM tidak dipatuhi! |
Yang pertama sampai, lin ci kang. |
Burung puyuh goreng. |
The star of the show - tom yam kepala ikan merah! |
Set makan tengah hari yang cukup menyelerakan. |
Macam mana? Cukup menyelerakan? Memang cukup sedap sekali tom yamnya! Tom yam ikan yang paling sedap yang pernah Mak Aji rasa! Ingin berkunjung ke sana? Ini alamatnya:
Ini alamatnya. Mak Aji rakam peti suratnya! |
Lokasinya betul-betul di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin, di sebelah kanan jalan menghala ke Pasir Mas dari Kota Bharu.
Makan sedap, sedap juga, tetapi Hukum DM pun perlu ingat juga ya. tambahan pula ini bukankah Bulan Bahasa Kebangsaan!!
Catatan: Pak Aji suka makan di sini sebab satunya sebab masakannya memang sedap dan yang satu lagi yang tidak kurang pentingnya, tiada pelayan perempuan, semuanya lelaki!
No comments:
Post a Comment