Followers

Tuesday 16 October 2012

Bawa Batu dan Lesung Batu ke Mekah

As-salam.

Mak Aji membaca akhbar Metro dan terdapat cerita berikut yang agak pelik dan lucu seperti berikut:


Jemaah bawa sekarung batu ke Makkah

JAKARTA: Pihak berkuasa lapangan terbang di Jawa Timur dan Jawa Tengah minggu lalu merampas batu kecil yang dibawa jemaah haji dalam bagasi mereka untuk digunakan bagi tujuan melontar jamrah.

Mereka bimbang batu yang ada di Makkah tidak mencukupi untuk jutaan jemaah haji, lapor media, semalam.


Di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pegawai keselamatan merampas sekarung batu yang disembunyikan beberapa jemaah dari Gresik dalam bagasi mereka, tetapi dikesan pihak berkuasa melalui pemeriksaan imbasan. Mereka turut menemui cobek (lesung batu) dan beberapa peralatan masakan di dalam bagasi tangan, lapor detik.com.


Di Lapangan Terbang Adisumarmo di Surakarta, Solo batu turut dirampas pegawai keselamatan yang curiga apabila mesin pengimbas menunjukkan “objek aneh” di dalam sesetengah bagasi tangan jemaah.


Pihak berkuasa lapangan terbang turut merampas objek larangan seperti gunting, alat potong kuku, pisau, madu, kicap dan losyen tangan.


Jemaah haji memerlukan antara 49 dan 70 butir batu untuk ibadah melontar jamrah bergantung kepada bilangan hari mereka akan berada di Mina. Bagaimanapun, batu untuk tujuan melontar sudah disediakan pihak berkuasa Arab Saudi.



Jurucakap Hal Ehwal Pengangkutan Haji, Syarif Hidayat berkata, kes jemaah membawa objek berbahaya dalam bagasi tangan semakin berkurangan setiap tahun. Kebanyakan jemaah sudah menyimpan barangan peribadi mereka dalam bagasi didaftar masuk dan tidak membawanya ke dalam kabin pesawat. - Detik.com

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/16


Ada ke dibawanya lesung batu, isy, isy, isy!!
Foto sekadar hiasan.
Sumber

Mak Aji difahamkan bahawa, tidak seperti jemaah Malaysia yang tidak perlu memasak di Mekah dan Madinah, jemaah dari seberang memang memasak di sana. Di situlah timbulnya keperluan lesung batu, pisau, kicap dan sebagainya!  Bersyukur kita rakyat Malaysia, terutama kaum ibu ya, di sana tidak perlu masuk dapur, cuti ke dapur, main ceduk, makan aja! Lalu tidak lalu makan, lain cerita, yang penting telan sahaja dan mulut dizip ketat-ketat, he he!!


2 comments:

Anonymous said...

Salam. Teringat masa kali pertama menunaikan Haji pada tahun 1980, hmm..ada beberapa jemaah haji dari malaysia bawa petai...

Ummu Madihah said...

Salam. Kalau dah tahu nak berada di masjid memanjang, dibawanya pula petai ya! Mungkin takut tak lalu makan kut??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...