Followers

Wednesday 3 October 2012

Atur Cara Hari Rabu

As-salam.

Seperti semalam, pagi-pagi hantar cucu-cucu ke sekolah, balik sarapan dan berehat sekejap. Sekitar jam 10.00 pagi kami keluar ke JPO (Johor Premium Outlet). Untuk kali kedua ke sini, Mak Aji cuma berkunjung ke kedai-kedai yang berkenaan sahaja dan tidak kesemuanya. 

Tempat pertama butik Akemiuchi. Seperti kali terakhir ke situ, ada lagi jualan murah kerana ulang tahun butik tersebut. Cadar pengantin yang pernah Mak Aji beli boleh dibeli lagi dengan harga terdahulu, RM199. jadi, Mak Aji beli lagi satu set (kali ini untuk pengantin lapuk, he he!!). 

Tempat kedua, Fossil. Mak Aji mencari beg untuk mengisi notebook dan juga i-Pad selain dompet, telefon bimbit serta kamera. Beg di sini reka bentuknya sedikit santai dan agak kurang sesuai untuk mereka yang bekerja, kecuali untuk dipakai di luar waktu kerja. Jadi, memang sesuailah untuk kami yang sudah tidak bekerja!! Ini yang Mak Aji dapat:

Ini beg orang bersara!
i-Pad full-leather flip-case. 
Dari sisi.
Dari belakang.
Wristlet untuk Madihah.

Selesai 'mengukur' kedai di JPO kami berehat untuk menikmati makan tengah hari - rojak berikut:


Rojak dari gerai 1Malaysia.
Suasana di medan selera di JPO.
Mak Aji suka kerusi plastiknya tetapi kurang selesa, kata Along. 
Cantik suasana di medan selera ini.
Lampu menarik!

Selesai kami di JPO, Along membawa Mak Aji ke salun rambut untuk rawatan rambut pula (suka sangat kalau orang belanja!!). Along tempahkan pakej tiga kali rawatan rambut untuk Mak Aji (ada alasan untuk turun lagi ke Skudai, sekurang-kurangnya dua kali lagi - sekali sebulan, he he!!). Ini salunnya:


Pada dinding hadapan salun.
Ini salunnya dari luar.
Sungguh selesa sekali mendapat rawatan rambut. Rambut dicuci sampai tiga kali, selepas diletakkan bahan tertentu untuk mencuci dan membuang sel kulit kepala yang mati sebelum diletak tonik untuk merangsang pertumbuhan rambut. Kepala serta belakang juga diurut sampai Mak Aji tertidur!! Sungguh enak sekali!

Selesai di salun, kami membawa Naufal dan Imran balik dari sekolah. Sudah kepenatan, kami menelefon sahaja Domino untuk dihantar makan malam kami.

Selesai sudah atur cara hari Rabu!



3 comments:

NUR said...

Bestnya ke JPO. Casing iPad tu cantik..

Anonymous said...

Wow..best outing ngan anak! Cantik2 beg U..ni tempat yg I ingin nak pi..tapi entah bila dapat peluang tu...Bagus salon tu sebab untuk Muslimah..kat Melawati ni ada satu salon orang melayu..dulu2 pompuan ja...alih2 dah boleh lelaki pun masuk juga...nak cari macam yg U pi tu kat area I ni susah...Jumaat lepas pi nak potong rambut,tengok ada customer lelaki dok gunting..tak jadi la...apa2 pun enjoy yourself!

Ummu Madihah said...

NUR, kalau nak selesa ke JPO kena pergi hari kerja supaya x byk orang. Insya-Allah puas hati dengan casing tu sbb full leather, susah nak cari tempat lain dgn harga selepas diskaun RM150.00 - kebetulan ada offer.


Wan, yes, seronok, anak dah mcm kawan, siap sponsor hair treatment, lagi seronok! Salun spt tu ada gak di Subang Perdana tempat i biasa pergi, ada langsir boleh tutup bila kita nak potong rambut. Memang utk perempuan shj, juga ada buat facial - sekitar RM35 utk basic. Boleh outing lagi ngan i!! TQ Wan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...