Followers

Sunday 14 October 2012

Mak Aji's Grocery Bag - Nasi Beriani Kambing

As-salam.

Kalau di Astro ada Anna & Kristina's Grocery Bag, hari ini ada rancangan baru pula, Mak Aji's Grocery Bag!! Kalau mereka berdua mencuba resepi yang dipaparkan pada buku resepi, Mak Aji pula mencuba resepi yang tersedia pada pek Nasi Beriani dan Ayam dan Daging Beriani keluaran syarikat ini - JT Sinaran Enterprise, Ledang, Johor! Berikut foto kedua-dua paket segera untuk menghasilkan nasi beriani dan lauk ayam atau dagingnya.


Di kiri rempah lauknya dan di kanan rempah nasi.

Pak Aji membeli sekilo daging kambing, jadi insya-Allah akan jadi nasi beriani kambinglah! Berikut pula foto nasi yang sudah siap, memang mudah sekali, lengkap dengan arahan (yang sedikit mengelirukan juga pun ada - sedikitlah, sebab itu perlu agak-agak juga). 

Nasi daripada sekilo beras basmathi.

Berikut pula lauk beriani kambing yang sudah siap:

Lauk beriani kambing.
Acar sempoi - timun Jepun dan tomato. Nampak cili api? Itu segar dari ladang!

Inilah dia makan tengah hari kami:

Set nasi beriani lauk kambing dengan acar.

Jom makan!!

Kesimpulan: Dari segi rasa dan bau rempahnya memang seperti yang biasa kita makan di restoran beriani. Kalau mengikut skala 1 hingga 10 Mak Aji beri markah 8. Pak Aji pun sudah menyebut yang dia akan tambah stok rempah ini untuk raya haji nanti. Takut habis, katanya! Dia agak cerewet sedikit, makan mahu sedap. Kalau dia suka insya-Allah puas hatilah!





3 comments:

MONIE said...

rajinnya mak Aji - beriani! boleh beli Kitchen Aid kalau macam ni berterusan...Pak Aji tentu senyum memanjang

Anonymous said...

Resipi beriani ni sedap tak? Salam.

Ummu Madihah said...

MONIE, rajin apa, nasi dan lauk segeralah, daripada paket, he he!! Utk org yg kurang rajin!

Salam Kasihilmar, sebenarnya Mak Aji terlupa tadi nak buat kesimpulan tentang sejauh mana sedap tidaknya - kesimpilannya - memuaskan hati dari segi rasa, satu rumah bau beriani! Amat mudah, tidak perlu ditambah apa-apa lagi (kecuali kismis yg cuma beberapa biji yg sedia ada dlm paket). Pak Aji pun sebut kena pergi lagi untuk beli stok utk raya haji nanti, takut habis. Cubalah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...