Followers

Sunday 14 October 2012

Ramai Mati Semasa Hendak Pergi Kerja


As-salam.

Percaya atau tidak, lebih ramai orang mengalami kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja berbanding balik dari kerja? (siapalah yang suka karang surat cinta setiap kali kad perakam waktu bertanda merah???).

Menurut CEO Socso, K. Selvarajah, menurut statistik kemalangan me;ibatkan mereka yang berulanglaik ke tempat kerja meningkat sebanyak 52% manakala dalam perjalanan balik pula 48%. Keadaan ini berlaku kerana semua orang tidak mahu lambat tiba ke pejabat. Sebahagian besar kemalangan pula melibatkan penunggang motosikal (memang ada sebahagian penunggang motosikal memilih untuk menunggang motosikal dan tidak mahu berkereta untuk menjimatkan minyak, menjimatkan duit tol dan menjimatkan masa - boleh keluar lambat dari rumah dan boleh menyelit-nyelit!!). Selain itu, terdapat peningkatan 26.5% penyakit berkaitan kerja.  Beliau berkata demikian selepas mendedahkan Kajian Socso Tentang Kemalangan untuk Tahun 2012. 

Penyakit berkaitan kerja termasuklah penyakit muskuloskeletal yang disebabkan oleh pekerja terpaksa duduk dalam posisi yanga agak kekok untuk tempoh yang lama atau kerana terlalu banyak mengangkat barang berat. Selain itu penyakit yang biasa juga dihidapi ialah masalah pendengaran akibat bunyi bising. 

Catatan: Semua pihak, baik semua pengguna jalan raya, semua majikan perlu ambil pusing tentang perkara ini demi menjaga kebajikan tenaga kerja di negara kita. Foto sengaja ditiadakan untuk menjaga sensitiviti diri sendiri dan orang lain juga.

Sumber: rencana oleh yvonnelim@thestar.com.my




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...