Followers

Friday, 6 July 2012

Pemanggang Elektrik

Mak Aji memang selalu ke sebuah kedai menjual peralatan dapur di Bandar Baru Sungai Buloh. Pilihan barangnya banyak dan harganya juga berpatutan. Arwah ayah Mak Aji selalu sebut - mak ngan bapa aja yang tak ada, selain itu semua ada. Kedai ini lebih kurang macam itulah! Leka Mak Aji kalau ke kedai itu. Termpoh hari semasa berjalan ke bank, Mak Aji terpandang tempat pemanggang yang free standing/berkaki - tiadalah yang secanggih dalam License to Grill atau Boy Meets Grill di Astro! Agak-agak kira oklah. Kedua-duanya besar dan menggunakan arang - memang untuk barbeku. 

Pak Aji pula tanyakan yang elektrik (tidak payah kotorkan tangan dengan arang. Ada dua saiz, satu yang memang untuk barbeku skala besar dan ada saiz yang lebih kecil lebih kurang saiz yang Mak Aji pakai sekarang (yang buat bakar sate). Harganya pun tentulah kecil sedikit. Yang ini kalau hendak panggang seharian juga sesuai - bukan selalu pun buat barbeku! Ini rupanya - yet to be tested!!:

Keluli tanpa karat.
Dari sisi.
Ada laci boleh dibuka untuk membersihkannya.

Setakat ini pemanggang belum lagi dicuba. Insya-Allah nanti boleh rancang buat barbeku di beranda!! Tunggu beranda siap, pemanggang sudah menunggu!




8 comments:

wan said...

Salam mak aji,
Nak tanya alamat kedai tempat beli pemanggang ni boleh?
Bape harganya ni?

Ummu Madihah said...

Salam. Alamatnya tak adalah pulak. Kalau nak beli, i boleh tunjukkan kedainya. Harga asal Rm500 katanya. Lepas diskaun RM399. Anak2 dah cuba masa i balik kampung, belum dapat feedback lagi. Kalau nak dtg bagitau ya!!

Ummu Madihah said...

Maklum balas drp Boy, prestasi pemanggang bagus, kejap aja masak, sama seperti pemanggang arang, cuma yg bagusnya tak comot! Hujung minggu ni Mak Aji nak cuba sendiri!

syawal said...

salam mak aji.kalau panggang sate agak2 dalam berapa minit masak?1 minit?leh bagi tak no telefon kedai tu?

Ummu Madihah said...

Salam Syawal,

Panggang sate ya, adalah kut seminit, tp pastikan dulu sebelum letak sate pemanggang dah cukup panas. No. telefon kedai tu Mak Aji takde tp insya-Allah kalau Mak Aji ke situ nanti bolehlah Mak Aji mintakan ya!

Kak Intan said...

Assalammualaikum Mak Aji

Boleh tak beritahu saya lokasi kedai dan berdekatan dengan bank apa

Unknown said...

Salam...ade x alamat kdai tu

Ummu Madihah said...


Salam Kak Intan dan Diana,

Mak Aji dah dapatkan nombor telefon kedai yang dikehendaki. Berikut nombornya:

03-61570081 dan alamatnya di Sungai Buloh, 369/370, Jalan 1A/3, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh.

Contact number orangnya, Lim Say Gan, 016-2335893.

Harap masih ada pemanggang ini yang terjual di situ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...