Followers

Sunday, 1 April 2012

Telur Asin Sebagai Telur Pengantin

Mak Aji pergi hadir kenduri kahwin pada hari Sabtu lepas di Mersing. Seperti biasa, Pak Aji memang suka makan telur pengantin. Sebenarnya Mak Aji perasan telurnya berwarna putih macam telur itik. Mak Aji sudah mahu mengopek telur tersebut tetapi setelah melihat warnanya agak pelik dan telur itu baunya lain sedikit, Mak Aji letakkannya balik ke atas meja. Rupa-rupanya Pak Aji datang, dikopeknya terus telur tersebut, terus kesemuanya dimasukkan ke mulut. Setelah mengunyahnya baru diperasan bahawa telur itu telur asin. Apabila diadunya perkara itu kepada Mak Aji, apa lagi ketawalah Mak Aji!! Inilah benar-benar situasi ditelan mati emak, diluah mati bapa! 

Inilah pertama kali kami mendapat telur asin sebagai telur pengantin! Kalau telur pindang memang biasa kalau di Johor! Sesiapa ada pengalaman seperti ini? Ini baki dua biji telur setelah dimakan sebiji oleh Pak Aji:

Telur asin pengantin.

6 comments:

Suhana dbp swk said...

As Salam puan, telur asin ni biasanya diletakkan pd bunga pahar sebelah hadapan peterana/pelamin. Kat kampung saya memang dah ada budaya letak telur asin ni-nampak cantik sbb warna putih. Kalau utk tetamu biasa, diberi telur ayam. Telur asin pd bunga pahar ni biasanya utk sedara mara dekat-sahabat handai pengantin dan keluarga yang rapat. Malah ada juga diberi sepahar sebagai balasan kpd keluarga sebelah pihak besan.

Lagi pun tak banyak pun utk diletakkan sebagai bunga pahar. Telur asin ni pun tahan lama. Nanti puan cubalah buat kelainan sikit-guna telur asin (jgn lupa beritahu sedara-mara ttg telur asin tuh-silap hb boleh berlaku mcm suami puan hadapi sblm nih)..hehe

Ummu Madihah said...

Oh begitu ceritanya! Kalau begitu dapat telur yang istimewalah. Mak pengantin pun beri masa kami dah dekat sangat nak balik, tak sempat beritahulah tu! Terima kasih byk-byk atas info yang diberi, Su!!

MONIE said...

Saya pernah dapat telur asin di dalam kotak. Semua tetamu dapat telur ini. Bagus sebab terus boleh jadi sajian. Tuan rumah asal orang KL.

Suhana dbp swk said...

sama-sama kasih...betul2..memang istimewa utk sedara terdekat dan jiran tetangga yg banyak membantu...
hehe

Ummu Madihah said...

Kalau semua tetamu dapat, beruntung semua tetamu kerana semuanya dianggap istimewa oleh tuan rumah!! Fasal kosnya pula, hai melambunglah!

Suhana dbp swk said...

hmmm betul2 tu puan..tapi boleh cari telur tersebut terus dr pihak pengeluar-penternak itik, rasanya boleh dapat kurang harga lagi...hehe..mungkin boleh beri pd kaum ibu sahaja..anak2 beri coklat dan si bapa beri buah epal/oren/dll...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...