Followers

Wednesday, 25 April 2012

Wacana Hang Tuah

Pada pagi ini Mak Aji tidak memandu menghala ke pejabat. Sebaliknya, ke Jalan Tun Razak untuk menghadiri suatu wacana yang diadakan di Wisma Sejarah,  yang membicarakan Hang Tuah sebagai adiwira (kalau tidak pernah dengar, mengikut Prof. Emeritus SN Dr. Muhammad Hj. Salleh, itu maknanya cultural hero - belum ada dalam Kamus Dewan!). Walaupun pada kad jemputan acara bermula jam 8.30 pagi, Mak Aji keluar dari rumah seperti biasa, sekitar jam 6.20 pagi (sedikit awal hari ini) agar dapat mengelak daripada kesesakan. 

Sekitar jam 7.00 pagi Mak Aji sudah terpacak di Wisma Sejarah - apa hendak dibuat?? Apabila meninjau di pintu masuk ke Galeri Muziumnya, tercatat nama majlis yang sama yang bakal bermula jam 9.00 pagi! Apa yang hendak dibuat dengan masa yang terluang?? Mak Aji lantas ke Hospital PUSRAWI di bangunan sebelah, mencari kafe untuk bersarapan, terjumpalah Kafe Mawar. Makanan masih belum siap, cuma ada dua jenis kuih dan air minuman sahaja. Mak Aji mengambil tiga ketul kuih dan memesan teh tarik - hendak tahu berapa harganya? - RM2.70!! Terkejut badak Mak Aji sebab kalau di ofis Mak Aji sebanyak itu duit boleh dapat sepinggan mihun goreng siap dengan sambal udang dan teh tarik! 

RM 2.70 - mahal, kan???
Tak apalah, mungkin itu rezeki tuan kafe pada pagi ini. Selesai minum, Mak Aji menyeberang lagi ke Petronas bersebelahan Hotel Putra (pun sebelah hospital PUSRAWI) untuk membeli akhbar. Berbekalkan akhbar, Mak Aji berjalan balik ke Wisma Sejarah, menunggu hingga ke jam 8.15 pg. Selepas itu Mak Aji naik ke aras 2 tempat acara. Sarapan disediakan juga, jadi Mak Aji pekena kopi lagi dengan sedikit kuih. Selesai minum terus masuk ke dewan. Tunggu punya tunggu, wakil jemputan khas cuma tiba jam 10.00 pagi!! Peserta semuanya resah gelisah - entah bilalah agaknya majlis seumpama ini boleh bermula tepat pada masa?? - ini bukan menteri pun, wakil Ketua Pengarah sahaja!! 

Sebelum wacana bermula suatu persembahan penglipur lara yang didatangkan khas dari Batu Pahat, Ali Badrun telah membuat persembahan yang cukup mencuit hati - Mak Aji pertama kali mendengar namanya semasa bertugas di JB dahulu tetapi tidak berkesempatan bertemu dengannya. Juga pertama kali mendengar persembahan penglipur lara. Berikut fotonya:

Penglipur lara yang semakin pupus!
Menglipur lara berbekalkan gendang yang dipalu! 
Secara keseluruhannya, wacana pada hari ini pada hemat Mak Aji, tidak berjaya memberi pencerahan tentang hal ini, sebaliknya menimbulkan sedikit kekeliruan sebab pandangan dua ahli panel yang bertentangan - nampak gaya perlu ada pengkaji lain yang mengkaji tajuk ini agar dapat diberi pencerahan yang sewajarnya!!!

3 comments:

- dieyana - said...

mahal weih kuih+air!

ali badrun- pernah semeja dgnnya ketika seminar pantun di Batu Pahat ms belajar um dulu. seronok dgr dia berceloteh, tk kering gusi kami dibuatnya.

(pstt, siapa panel tu? ermmm....)

Ummu Madihah said...

Itulah dia, kita org Dewan kena bersyukur sbb makan kat kantin kita jauh lebih murah berbanding kat luar!!

Memang kelakar persembahannya, seronok sekali.

Ahli panel, Prof. Em. SN Dr. Muhammad Hj. Salleh dan pengerusi Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyung Melaka (PESAWAD). Lagi fenin ada!

Ummu Madihah said...

Pagi ni makan nasi dagang lagi, baru RM3.00!! (air takdelah, kacau sendiri).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...