Followers

Wednesday 18 April 2012

Kunjungan Habib Umar al-Hafiz

Malam tadi Mak Aji dengan Pak Aji bergegas ke Masjid al-Falah di USJ 9 untuk majlis yang diserikan dengan kehadiran seorang ulama pewaris Nabi Muhammad saw, Habib Umar al-Hafiz, seorang ulama besar dari Hadramaut, Yaman, juga selaku mudir di Darul Mustofa (pernah dikunjungi mantan PM, Pak Lah).

Selepas solat Maghrib majlis dimulakan dengan bacaan maulid terlebih dahulu, diikuti dengan doa panjang oleh Habib Umar, ceramah oleh beliau dan sekali lagi doa panjang oleh beliau yang sentiasa dinanti-nanti oleh para jemaah.

Begitu ramai pengunjung ke acara itu sehinggakan kami terpaksa berjalan jauh kerana kereta terpaksa diletak jauh dari masjid. Majlis selesai sekitar jam 11.30 malam dan selepas itu kami sempat singgah ke Tree Steak House untuk supper - makan char koay teow dan juga koay teow Cantonese.

Apabila kembali sahaja ke rumah malam tadi, dengan badan penat keletihan (selepas balik kerja, duduk sekejap terus keluar ke USJ) dan dengan badan yang masih kurang sihat Mak Aji jumpa sahaja bantal, terus lelap (apa lagi dengan pendingin hawa yang baru siap dipasang pada tengah harinya - pagi ini pun sudah sukar hendak bangun!). Sebenarnya malam tadi malam kedua tidur di bilik baharu. Malam pertama (macam pengantin baharu pulak, he he!!) pendingin hawa belum pasang, maka agak ber'asap' sedikit panasnya walaupun dua biji kipas siling berputar dari malam ke pagi! Alahai badan yang semakin berusia ini minta jadual yang lebih lentur dan kurang padat (sudah hampir habis gas agaknya!!).


Berikut gambar Habib Umar dan pautan ke blog Darul Murtadza yang memaparkan maklumat beliau serta jadual kunjungan Habib  Umar ke Malaysia untuk kali ini - semoga beroleh manfaat!

Habib Umar al-Hafiz

Sila layari laman ini kerana mungkin anda juga berminat mengikuti majlis beliau!:

2 comments:

- dieyana - said...

saya baru je dgr nama ni, mak aji. kebetulan minggu lps sy tgk iklan kat papan kenyataan di kediaman rumah saya. bila baca entri mak aji, rupa2nya dia ni ulama bsr ya....ermmm...

Ummu Madihah said...

Ya Dieyana, beruntung kalau berkesempatan hadir dalam majlis beliau - majlis yang penuh keberkatan!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...