Apabila Mak Aji sampai sahaja ke rumah taukeh yang membuat almari pakaian (wardrobe) sudah hampir menyiapkan kerjanya untuk dua bilik, bilik utama dan bilik tamu. Hasil kerjanya alhamdulillah kemas dan memuaskan hati. Sebenarnya ini kali kedua Mak Aji berurusan dengan orang ini, Mr. Ng (tel: 012-2521728) yang berpejabat di Kepong.
Mak Aji dapatkan nombornya dari iklan di akhbar tabloid berbahasa Melayu. Setelah bersetuju dengan harga dan setelah memilih bahan, almari pakaian atau kabinet dapur dan yang seumpamanya boleh dipasang dalam tempoh beberapa hari sahaja. Mak Aji berani recommend kepada orang lain sebab Mak Aji puas hati. Hendak lihat hasil kerjanya, layan foto-foto berikut:
Ini almari bilik utama. Pintu paling kanan ada full-length mirror untuk bercermin dari atas ke bawah - special request! |
Ini bahagian dalamnya. |
Untuk makluman, seperti juga di Ikea, kita boleh tempah macam mana kita mahukan bahagian dalamnya. Mak Aji tidak perlukan rak untuk baju berlipat sebab sudah banyak laci yang sedia ada pada chest of drawers dan juga dresser. Warna wardrobe juga tidak boleh gelap sangat sebab perabot bilik sudah sedia gelap, kalau ikut warna yang sama, alamat kelamlah bilik! Janji boleh ngam semuanya. Amacam, ok tak??
Mengikut pengalaman lepas pintu atas wardrobe memang dekat sangat dengan kipas siling (ketinggian siling cuma 8 kaki sahaja). Jadi, apabila membuka pintu atas, kena pastikan suis kipas ditutup. Malangnya terjadi dua kali insiden yang kipas terpasang semasa pintu atas dibuka - pada kali keduanya pintu kabinet terpelanting jatuh dilanggar bilah kipas. Alhamdulillah tidak menimpa kepala atau kaki Mak Aji!! Selepas kejadian itu allignment kipas siling terus lari. Bila suis dipasang, bilahnya melenggang-lenggok dengan bunyi berkeriut sebelum mencapai kelajuan tertentu. Selepas kejadian itu, kipas siling digantikan dengan kipas dinding!!
Berpandukan pengalaman tersebutlah Mak Aji pesan pintu gelongsor untuk pintu atas. Bila pintu atas jenis gelongsor (antilompat - anti-jump), yang dibuat daripada aluminium, maka pintu bawah juga mesti aluminium agar selaras. Dengan itu tidaklah boleh digunakan pemegang jenis lain. Mak Aji tidak kisah sangat bab itu, janji kelihatan ok di mata. Berikut jenis pemegangnya. Jenis ini tenggelam ke dalam dan tidak terjulur keluar seperti pemegang biasa.
Pemegang pintu. |
Berikut pula wardrobe di bilik tamu/pengantin. Nampak tidak lampu terendak kristal, sudah siap terpasang, nampak ok seperti yang dihajatkan, alhamdulillah! Sila abaikan tiang four-poster bed yang di sebelah kiri - bilik agak kecil:
Wardrobe ini warnanya seperti yang sudah sedia ada. |
Bahagian dalamnya sedikit berbeza drp di blk utama - ada dua laci dan rak utk baju berlipat. |
Kalau ada kawan-kawan yang berniat untuk membuat wardrobe atau kabinet dapur, hubungilah Mr. Ng yang nombor telefonnya Mak Aji siarkan di atas. Untuk makluman, lebar kedua-dua wardrobe 6 kaki lebih sedikit dan ketinggian 10 kaki - Mak Aji rasa lebih murah daripada jenis modular di Ikea. Mak Aji beberapa kali ke Ikea semasa meninjau wardrobe dulu, Mak Aji agak sedikit bingung sebab kita kena lebih berhati-hati sebab saiznya kita kena betul-betul sesuaikan dengan ruang di rumah kita, kalau silap ukur, naya kita!! Kalau yang ini biar taukeh sahaja yang ukur, kita tengok sahaja! Tahu-tahu siap.
Semoga maklumat ini bermanfaat!!
6 comments:
cantik sangat Mak Aji..
Terima kasih Fatin. Memang kena buat sebab bilik sempit, nanti susah simpan barang.
dieyana pun bekenan almari bina siap ni, masa nk renovate rumah 2 tahun lps,kontraktor bawa kami ke beberapa rumah contoh, kebanyakannnya buat almari gini, bekenan sgt nak buat, tapi ongkos dh banyak abis, bajet pun dah lari, diam saja lah....:-(
Takpe, sblm betul-betul buat kena byk tinjau dulu, dah betul-betul nak buat dah tahu nak yg macam mana! Hr ni dpt berita tunggakan, kan, byk dpt?? Ramai org OKB esok lusa ni!!
salam mak aji... boleh tak bgkan harga bagi setiap almari yang di bina oleh Mr Ng tu....boleh buat budget awal2.
Salam Redzuan,
Kedua-dua almari Mak Aji buat dengan kos lebih kurang RM4000. Yg warna cerah tu murah sikit sbb tiada cermin di pintunya manakala yg warna coklat tu lebih sikit sbb ada dua cermin di dua pintunya. Perlu diingat pintu sliding utk rak atas tu hgnya lebih sikit drp kalau buat pintu biasa (utk elak masalah bila pasang kipas siling). Harap dapat bantu!
Post a Comment