Murah rezeki Mak Aji pada hari ini sebab ada kawan yang baru pulang dari Paris menghadiahkan beg yang memang Mak Aji cukup suka sangat. Tidak apalah tuan beg tidak berkesempatan pergi, dapat merasa pakai beg dari sana (sebenarnya buatan Vietnam, tetapi tetap dibeli di Paris, kan!!). Selain itu, kawan itu juga, Ros, memberi hadiah sedikit terawal, hadiah sempena Mak Aji hendak berpencen nanti (in advance! - macam Touch n Go pula!).
Seorang lagi kawan yang pernah menjadi anak buah di bahagian lama tempat Mak Aji bertugas, Aida, memberi pulut kuning dan rendang sempena hari lahirnya pada 1 April, semalam! Berikut foto yang ingin dikongsi:
Hadiah beg dari Paris!! Suka sangat! |
Hadiah sempena pencen pilihan menjelang 1 Julai 2012! |
Pulut kuning dan rendang. |
Terima kasih banyak-banyak Ros dan Aida atas pemberian!!
No comments:
Post a Comment