Satu perkara yang Mak Aji lupa menyebutnya - Mak Aji ke JB sudah tentunya untuk menziarah anak cucu yang Mak Aji jarang-jarang dapat jumpa kecuali di Skype sahaja! Naufal sudah pandai minta dengan uminya untuk Skype Tok Manya! Budak-budak sekarang! Kita masa kecil-kecil dahulu tahu minta gula-gula sahaja!! Mak Aji sempat rakam beberapa foto rumah Along - tumpang seronok orang masuk rumah baru!!
![]() |
| Pagar rumah dilihat dari dalam kawasan rumah, menghadap ke luar. Rumah Along rupanya seperti rumah di hadapan ini. |
![]() |
| Tanah di sisi hadapan rumah. |
![]() |
| Rumah tepi (end-lot) ada tanah selebar empat kaki dari dinding rumah. |
![]() |
| Setelah membuka pintu hadapan, ini yang pertama dilihat. |
![]() |
| Ruang tamu - lampu siling ada MP3?? - yang empat segi tu!! |
![]() |
| Ruang makan - Naufal buat apa tu?? |
![]() |
| Ruang keluarga di tingkat atas |
![]() |
| Bilik tamu - Nadya sibuk mengemas. Kami kongsi bilik. |
![]() |
| Bilik cucu Mak Aji - Hanif sibuk mengemas. |
Rumahnya agak luas dengan keluasan binaan 24x80 kaki. Rumahnya memang cukup selesa untuk mereka berempat beranak, alhamdulillah.









5 comments:
Besar dan cantik rumahnya ...
Betul... nampak besar, cantik. Padan dgn hiasan dalaman
Saiznya memang besar daripada biasa, reka bentuk gaya moden, guna khidmat pereka dalaman! I guna pereka dalaman juga, local, sungai buloh mari, tanpa upah, gratis sahaja, sebab sendiri bikin semua, he he!!
cantiknya rumah along kak. suka saya tengok.
Ya ke, alhamdulillah!
Post a Comment