Followers

Thursday, 26 April 2012

Petua Menurunkan Paras Kolesterol

Mak Aji mendapat petua kiriman staf dari ofis untuk perkara di atas. Sebenarnya Mak Aji pernah mendapat petua yang menggunakan bahan yang sama tetapi untuk penyakit kencing manis. Petua tersebut diamalkan oleh ibu seorang rakan jemaah surau/jiran rumah lama dahulu dan juga terbukti berkesan untuk mengawal kencing manis ibunya. Cuma ibunya mengamalkan meminumnya setiap pagi segelas sahaja. Mak Aji sertakan e-melnya (in toto, tiada pembetulan ejaan dan sebagainya untuk mengekalkan ketulenannya), ya:

Assalamualaikom ,
Setiap tahun sebelum ini jumlah kalestrol saya antara 6.0 - 6.5 tapi doktor beri ubat kalestrol minor sahaja dan minta buat exercise. Masalahnya ubat selalu tak pernah habis, exercise pun biasa-biasa saja.
Pada 10 Feb 2012 Saya ke IJN untuk Checkup 45 keatas untuk staf DBP. Manakalapada 20 Feb 2012 saya ke Hospital HUKM untuk buat ujian COHORT. Tujuan saya ke HUKM untuk menguji samada petua yang diberikan kepada saya bagi menurunkan kalestrol yang saya baru amalkan ini dalam tempoh 10 hari berkesan atau tidak.
Ini keputusannya :
Pemeriksaan IJN pada 10 Feb 2012 Total Cholesterol : 7.8 LDL Cholesterol : 5.9
Pemeriksaan HUKM - COHORT pada 20 Feb 2012 Total Cholesterol : 5.06 LDL Cholesterol : 3.03
Petua yang saya buat dalam tempoh 10 hari bagi menurunkan kalestrol adalah spt berikut :

> 2 biji Epal hijau

> 1 Batang Timun

> 1 batang saleri

> 2 biji peria katak

> ½ biji capsicium hijau (lada benggala)

- Blender semua sehingga halus. Bahan yang diblender ini untuk minum 2 orang
- Dinasihatkan Minum hanya sekali sahaja dalam tempoh seminggu.
Saya ada cuba minum 2 kali seminggu tapi tak tahan pening kepala.
- Bahan yang diblender ini untuk minum 2 orang (Seorang 1 BOTOL MINERAL500 ml) .
- Seeloknya masukan dalam 2 botol mineral 500 ml dan simpan dalam peti sejuk. Satu untuk isteri dan 1 untuk suami.
Habiskan minum dalam satu hari.

Elok diminum semua sekali termasuk serat bahan yang diblender – mudah buang air besar

Kepada semua yang kalestrol tinggi atau darah tinggi bolehlah amalkan petua ini. Terbukti berkesan tampa memakan ubat Lipitor ... Kalau nak lihat dokumen bukti perubatan boleh jumpa saya ditingkat 16 bila-bila masa.. Call (03-2148)1815.
Sekian... selamat mencuba

Lipitor yang Mak Aji makan (yang dosnya 10mg sahaja) memang ada kesan sampingan!
Catatan: Bagaimana? Rajin atau malas mengamalkannya? Atau lalu atau tidak lalu meminumnya? Mak Aji pernah cuba, rasanya oklah, memang boleh telan, cuma rupa hijau semacam sahaja. Namun, demi kesihatan kita, ayuh kita amalkan!! Jimat duit Dewan kalau tak payah bayar Lipitor kita!! Yang lebih penting kita berusaha untuk sihat secara semulajadi!!

2 comments:

MONIE said...

2 tahun lepas saya telah mengamalkannya tetapi lama2 terasa pening - baru tahu, hanya perlu diambil seminggu 2 kali sahaja. Jgn simpan lama sebab warna akan berubah menjadi warna air tebu. Mudah buang air besaq

Ummu Madihah said...

tulah dia, kena ikut dos yg sebenar, kalau x lain jadinya. Lipitor atau yg sejenisnya boleh jejaskan hati dan juga otot utk tempoh jangka pjg. Agaknya situasi ideal yg mcm ni kita minum jg tp ubat kena makan jg cuma boleh mengelat sikit2 sebab dah alas dgn air ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...