Followers

Wednesday, 18 April 2012

Kad Pesara

Mak Aji mula mengisi borang pencen pilihan pada bulan Jun tahun lepas. Bahagian personel hanya mengirimkannya ke JPA pada bulan Mac lalu. Pada awal bulan April Mak Aji sudah memperoleh kad pencen! Wah, sungguh cekap sekali JPA ya!. Jadi Mak Aji dapatlah tahu jumlah ganjaran dan juga jumlah pencen bulanan selain gantian cuti rehat (kami orang lama lebih kerap sebut golden handshake). Itupun perkiraan dibuat sebelum gaji baharu. Dengan gaji baharu, dapatlah insya-Allah lebih sesen dua, alhamdulillah!! 

Kalau anda belum pernah tengok kad pencen, lihat foto di bawah:

Kad pesara Mak Aji
Sekali pandang nampak macam 'bodoh' sahaja kad ini, rupanya tidaklah se'cerdik' kad kredit ke atau kad yang lebih 'anggun' dan sofistikated!! Namun begitu, dengan kad inilah pelbagai kemudahan akan diraih pesara, yang antara lain kelayakan wad pada bahagian kiri bawah - kalau umur sudah semakin lanjut, maka semakin keraplah berkunjung ke hospital!! Jadi, perkara ini amatlah penting!

Mengapa ya, kerajaan tidak cetak kad pesara warna merah jambu untuk pesara wanita dan biru untuk pesara lelaki?? Just a thought, he he!! 

6 comments:

Aida Salleh said...

belum bersara dah dapat kad? ishhh maner boleh macam ni. ni yg buat mood bersara makin menjadi2...hehehheeh

Ummu Madihah said...

Akak pun terkejut jugak yg mrk boleh keluarkan begitu cepat, memanglah berkobar-kobarlah semangat. Dengan byk kerja mengemas kat rumah, to create a home, apalagi dah akan dok rumah sepenuh masa!!

Anonymous said...

tumpang tanya,

maksud kelayakan wad 1A tu apa ye ? wad kelas 1 ke ? A tu pe ? tq..

Ummu Madihah said...

A1 maksudnya (kalau ikut faham Mak Ajilah) kelas A dan angka 1 pula peringkat dalam kelas A itu. Agak Mak Aji ada dua tiga peringkat/tahap, mengikut jawatan/gred terakhir jawatan kita sebelum pencen. Wallahualam.

Anonymous said...

oo.. betul le kot tu mak aji.. tq ye..

Ummu Madihah said...

sama-sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...