As-salam.
Cop cop cop!! Mak Aji sepatutnya memasukkan entri ini pada awal hari ini atau pada malam tadi sebelum menghantar notis bercuti! Sebelum terlupa Mak Aji hendak kongsi maklumat tentang restoran Arab yang lokasinya berhadapan dengan Giant Sunway Damansara. Malam tadi kami ke sana dalam perjalanan pulang dari The Curve untuk mencari beg baju yang baju untuk Pak Aji. Nanti Mak Aji kongsikan tentang cerita itu pada entri lain.
Mari kita lihat nasi mandy kambing yang Mak Aji pesan dan ayam panggang (separuh) yang Pak Aji pesan:
Ini nama kedainya, Nasi Arab Taif. |
Nasi mandy kambing dengan sos tomato, sup dan acar sayuran serta ayam panggang. |
Ini paha kambing yang sungguh lembut dan juicy!! Kalau dibesarkan foto ini pasti kecur air liur!!! |
Ayam panggang yang dimakan dengan roti (juga boleh dengan nasi). |
Harga nasi mandy kambing RM20.00 manakala ayam panggang (separuh) pula RM17.00. Bil keseluruhan dengan minuman, RM41.00.
Kesimpulan: Nasi mandynya dari segi rasa sedikit kurang berbanding di Rawsya (di sini warnanya coklat) manakala rasa kambingnya lebih sedap di sini. Cuma Mak Aji terkilan kerana laban (susu)nya yang dimakan bersama-sama nasi sudah habis. Jika malas untuk memandu sampai ke Kampung Pandan untuk makan di Rawsya, di sini pun bolehlah juga! Boleh jimat minyak dan tol, juga masa!