Followers

Monday, 30 December 2013

Ziarah ke Baitul Maqdis - 7


As-salam.

16 Disember 2013

Sekali lagi usai solat Subuh tazkirah khas disampaikan oleh imam Masjidil Aqsa khusus untuk kami, alhamdulillah. Memang kelihatan beliau cukup gembira dan terharu dengan kehadiran kami untuk memakmurkan masjid yang penuh barakah itu! Beliau juga ada datang untuk makan malam bersama-sama kami di hotel dan selepas itu juga menyampaikan tazkirah. Kami juga ada membuat kutipan khas, satunya untuk para pelajar yang belajar di masjid itu dan satu lagi kutipan umum bagi mereka yang ingin membayar zakat di sana.

Setelah selesai tazkirah kami kembali ke hotel untuk sarapan dan bersiap untuk ziarah lagi. sekitar 9.30 kami memulakan perjalanan sekali lagi ke Jericho dengan tujuan untuk membeli-belah selain ziarah. Kami dibawa ke sebuah kedai milik orang Palestin dan di sini terdapat pelbagai barangan untuk dibuat cenderamata. Walaupun begitu kami perlu sentiasa beringat-ingat bahawa apabila nilai wang ditukar kepada nilai duit kita, harganya agak mahal juga. Mereka sama ada menerima wang dolar Amerika atau Syeqalim (duit Israel). Nilai dolar tiga kali ganda lebih berbanding duit kita manakala nilai 1 Syeqalim pula lebih sedikit daripada RM1. 

Berikut sekitar kunjungan kami kali ini:

Di kanan pondok jual jus segar -  pekena jus delima, memang sedap
dan berkhasiat!
Pak Aji asyik nak bergambar dengan Habib tak habis-habis, layan ajelah!
Habib semakin menjadi selebriti di sini!
Kereta kabel di Mount of Temptations di Jericho - tiada rezeki untuk naik dek
kesuntukan masa.
Pak Aji tanya, nak naik unta? No thank you, tak gemar bau unta!
Nanti Mak Aji pula yang berbau unta,
Pak Aji juga yang tak tahan, he he!
Buah-buahan di hadapan kedai cenderamata.
Mak Aji adalah beli serba sedikit cenderamata untuk anak cucu yang ditinggalkan (jangan tidak). Kalau asyik mengira nilai duit kita alamat tiadalah membeli apa-apa! Oh ya, Mak Aji beli unta seekor untuk cucu Mak Aji, si Aleesya, unta mainan ajelah! 

Selesai acara beli-belah, kami cuba untuk membuat ziarah ke Hebron tetapi jalan masih tutup kerana salji. Jadi terpaksalah kami membatalkannya. Sebaliknya kami terus ke kota Jaafa yang lokasinya bersebelahan kota Tel Aviv. Jaffa merupakan kota lama yang penuh bangunan bersejarah manakala Tel Aviv kota kosmopolitan yang penuh dengan pencakar langit. Kami dimaklumkan bahawa Yahudi sekular tinggal di Tel Aviv (katanya kota yang kos sara hidupnya termahal di dunia!) manakala Yahudi orthodoks memilih untuk tinggal di kota suci Baitul Maqdis!

Selesai kami bersolat di masjid Mahmoudiya, kami terus ke sebuah restoran yang cukup cantik (rustic), terasa bagaikan makan di restoran di dalam kota A Famosa di Melaka! Lihatkan:

Menara masjid Mahmoudiya.
Di sekitar laman masjid Mahmoudiya.
Di kejauhan, kota Tel Aviv yang bersebelahan kota Jaffa.
Tunggu makanlah, apa lagi! Bismillah!
Berselera nampaknya Zabir dan Cik Jah menjamah hidangan!
Cik Jah meninjau cenderamata yang boleh dibawa pulang.
Mak Aji cukup seronok melihatkan pokok keladi yang
cukup subur ini! Masya-Allah cantiknya!
Pak Aji dah tersangkut di kedai menjual tongkat! 
Bebola apakah gerangannya ini???
Tombol pintu kabinet rupa-rupanya (yang diperbuat daripada seramik!)
Menara di town square kota Jaffa - tempat kami menunggu bas
untuk kembali ke hotel.
Pak Aji sempat 'berborak' dengan seorang penduduk Jaafa -
seorang cakap ayam, seorang cakap itik!
Islam sahaja bahasa penghubung - melalui salamnya!
Papan tanda berbahasa Hebrew.
Dalam perjalanan pulang ke Baitul Maqdis, berikut beberapa foto pemandangan yang menarik. Perhatikan juga beberapa jenis tembok/pagar pemisah antara komuniti Yahudi dan juga Palestin!:






Cuba perhatikan komuniti Badwi yang berkhemah hitam! Di kejauham
di atas bukit, komuniti Yahudi!
Kami dimaklumkan bahawa penduduk Yahudi tidak perlu bersusah payah bekerja untuk menyara hidup mereka. Sebaliknya mereka diberi sara hidup oleh kerajaan Israel. Lebih ramai bilangan anak mereka, maka lebih banyaklah bayaran sara hidup mereka. Tidak hairanlah anak-anak mereka ramai, iaitu sekuramg-kurangnya lima enam orang anak! Anak-anak mereka pula belajar di sekolah agama mereka. Mak Aji sengaja merakam foto sekeluarga Yahudi (semasa dalam perjalanan balik ke hotel) dari dalam bas:

Sekeluarga Yahudi dengan enam anak.
Melihat jambatan ini teringat pula jambatan di lebuh raya LDP kita!

Salji tebal bermakna sekolah tutup. Begitu juga premis perniagaan!
No shopping (kalau mahulah).
Di sebuah kawasan komuniti Yahudi keseluruhannya - mereka mengambil
peluang untuk keluar bersama-sama keluarga, bermain
gelongsor ais dan sebagainya
Salji masih ada walaupun ketika itu sudah tiada yang baru turun.
Tempat perhentian bas.
Barulah Mak Aji tahu betapa licinnya jalan berais! Bas kami tergelecek
beberapa kali juga! Seram kami dibuatnya!
Stesen minyak tanpa bumbung di Beit al-Hanina!
Kedai runcit juga di Beit al-Hanina.
Seperti biasa, selepas berehat seketika kami bergegas pula untuk solat Maghrib di masjid. Semakin hari semakin hampir tamat masa kami di sini - semakin sayu dan berat rasa hati untuk meninggalkan kota suci ini. Perasaan yang sama seperti dirasai semasa ingin meninggalkan kota suci Makkah dan Madinah! 

Walau terpaksa mengharung cuaca sejuk menggigit, walau terpaksa menghadapi masalah kulit yang semakin kering (sudahlah sejuk, terpaksa kurang minum - hirup sedikit-sedikit sahaja - sebab banyak berziarah, agar kurang kerap ke bilik air dan tahan wudu dengan agak lama sedikit), kulit mula menggelupas dan pedih - krim pelembab tercicir entah ke mana - dan pelbagai hal lagi, namun kami bertahan juga demi memanfaatkan masa yang cukup berharga di sini! Alhamdulillah, kami amat bersyukur akan peluang yang dikurniakan ini!! Entah datang lagi entah tidak peluang untuk berziarah lagi!?


5 comments:

Aida Salleh said...

Salam kak,

Indahnya pemandangan di sana kak.

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Memang cantik, subhanallah!

QA's ~ mamapapa said...

bagusnya pakej ziarah ni mak aji..siap diselit program tazkirah lagi :) untungya...aduuhh..knp prbezaan yg sgt ketara tu,..antra prumahan badawi ngan yahudi..nmpak sgtkn :(

sedapnya mak aji..dpt minum jus delima fresh :)

cantik betul tombol seramik tukan :)yeayyy!cucunda dpt unta :))

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Memang bagus program ziarah ni, memang puas hati kami. Kaum badwi memang begitu khemah mereka. Sebenarnya mereka tidaklah susah sangat hidupnya, memang mereka berduit kerana banyak ternakan tetapi mereka memilih untuk hidup gaya tradisi mereka dengan berkhemah begitu. Orang badwi sebenarnya memasang khemah di tanah mereka sendiri, tidak seperti kaum gipsi yang warna khemah mereka berwarna-warni dan mereka tidak bertanah - pasang khemah di mana-mana sahaja. Allahualam.

Ummu Madihah said...

QA,

Alhamdulillah sedap jus segar delima! Kawan Mak Aji berkenan tombol tu tapi suami dia kata tak payah, berat nak bawa, sebab kalau beli bukan satu! Tak mampu beli unta betul, unta mainan cukuplah, he he!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...