Followers

Monday, 23 December 2013

Ziarah ke Baitul Maqdis - 1

As-salam.

9 dan 10 Disember 2013

Mak Aji dan Pak Aji serta Boy (anak Mak Aji yang kedua) bertolak ke KLIA untuk menghantar kami (Mak Aji dan Pak Aji) ke Jordan. Kami diminta agar bersolat Maghrib di KLIA agar semua ahli rombongan berada awal di KLIA untuk urusan daftar masuk yang akan memakan masa yang agak lama. 

Seramai 49 orang dari kumpulan pertama (30 lebih lagi dari kumpulan kedua yang bertolak dua hari selepas kami) bertolak ke Jordan pada jam 10.20 malam dengan menaiki pesawat Royal Jordanian. Kami transit lebih kurang sejam di Bangkok dan selepas itu pesawat menyambung perjalanan ke Queen Alia Airport, Amman, Jordan.

Pesawat mendarat jam 6.31 pagi (waktu tempatan) dan kami terus berkejar untuk menunaikan solat Subuh. Usai solat Subuh kami mendapatkan beg dan mula keluar dari lapangan terbang untuk menaiki bas. Suhu di Amman ketika itu 2 darjah Selsius! Berikut beberapa foto yang dirakam:

Baru menaiki pesawat - tidak sabar untuk berlepas.

Sepasang suami isteri kawan kami dari Tanah Merah, Kelantan,
Cik Jah dan Zabir.
Mak Aji dan Pak Aji.
Di luar lapangan terbang.


Berikut pemandangan sepanjang perjalanan dari lapangan terbang ke ziarah pertama kami, iaitu Makam Muhta (Muhta Shrine):




Peperangan Muhta di antara tentera muslimin seramai 300 orang menentang 3000 orang tentera musyrikin yang berlaku di sini telah mengorbankan seramai 13 orang tentera muslimin. Dua daripadanya dimakamkan di sini, iaitu Zaid bin Harithah dan Jaafar bin Abi Talib.

Makam Zaid bin Harithah.
Ibu kepada Habib Ali, Habib Ali dan Pak Aji usai solat
Zuhur di masjid bersebelahan makam.
Makam Jaafar bin Abi Talib.
Mak Aji sedikit hairan! - ada catatan berbahasa Melayu di papan tandanya!!
Makam Muhta dari luar.
Nama 13 syuhada terpahat di batu. 
Makam Abdullah bin Rawahah yang terletak tidak jauh dari Makam Muhta.
Allahyarham juga salah seorang daripada 13 yang syahid.
Perjalanan seterusnya ke Madaba tempat kami makan tengah hari, iaitu di Restoran JNAIEN. Dalam perjalanan Mak Aji sempat lalu di kebun buah zaitun. Terdapat beberapa orang di bawah pokok. Mereka menghampar alas plastik di bawah pokok lalu memukul-mukul dahan pokok untuk menjatuhkan buahnya! Sama seperti yang Mak Aji pernah lihat di TV sebelumnya!

Seterusnya kami melalui Grand Canyons of Jordan, iaitu jurang yang seumpama di Amerika Syarikat. Masya-Allah, kagum sekali kami akan ciptaan Allah:

Kedai menjual daging kambing - digantung begitu
sahaja di luar kedai!
Mahu tahu mengapa pokok senget? - angin kencang!
Grand Canyons of Jordan!
Di bawahnya, empangan.

Jalannya sempit, berliku-liku dan curam!
Menjamu selera di sini untuk tengah hari. 
Seterusnya kami ke Gunung Nebo (Mount Nebo) iaitu tempat yang Nabi Musa dikatakan sesat selama 40 tahun di kebun zaitun di gunung itu. Penganut Kristian percaya bahawa gunung ini merupakan tempat Nabi Musa dikebumikan.



Pemandangan dari atas gunung.

Dari atas gunung yang tinggi ini sebahagian tempat dapat dilihat seperti Laut Mati.
Bas yang kami naiki sepanjang di Jordan hingga ke sempadan Israel.
Ziarah kami yang terakhir ialah ke gua Ashabul Kahfi:

Suasana di dalam gua - tidak seluas mana guanya.

Mulut gua.

Setelah keletihan kerana seharian berziarah, kami terus ke hotel untuk makan malam dan mendaftar masuk ke al-Fanar Palace Hotel..


Cuaca agak sejuk dengan hujan sekali-sekala. "Salji dijangka turun dalam sehari dua ini," kata pemandu pelancong! Kami tidur lena dalam keletihan!



6 comments:

- dieyana - said...

Subhanallah, seronoknya mak aji dan pak aji dapat ziarah tempat begini...

Ummu Madihah said...

Salam Dieyana,

Alhamdulillah rezeki yang tidak diduga2! Pak Aji yang mahu sangat ke sana, Mak Aji tukang ikut aje! Alhamdulillah pengalaman yang cukup manis sekali. Pak Aji rasa seronok sangat, sayu hati nak balik ke sini! Kita feel at home kat Masjidil Aqsa!

Sarah Talib said...

Dpt tengok gmbr pun cukup la...seronok nmpk tempt tu..mesti sejuk sgt..

Aida Salleh said...

Salam kak.
Saya baru sempat nak membaca coretan pengalaman akak ni. baru mula dah rasa teruja kak.

Ummu Madihah said...

Salam Sarah,

Tengoklag foto dulu, pastu ada rezeki pergilah Sarah, makmurkan sekali Masjidil Aqsa! Sejuknya, memanglah yang amat!

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Dah cukup seronok bolehlah jenguk2 Gotz Travel ya, ada laman webnya, bulan 4 nanti ada trip ke sana, tapi salji takdelah time tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...