As-salam.
Alhamdulillahi rabbil alamin! Mak Aji dan Pak Aji selamat sampai ke rumah selepas pekena nasi ayam goreng berempah di R & R di lebuh raya Guthrie - rindukan masakan tempatan, kata Pak Aji.
Pada 18 Disember pesawat Jordanian Airlines yang berlepas sekitar jam 2.10 pagi (waktu tempatan) dari Queen Alia Airport (waktu tempatan) tiba pada awal pagi di Bangkok. Kami transit selama sejam sementara krew membersih pesawat menjalankan tugas dan pesawat juga diisi minyak. Pesawat seterusnya menuju ke KLIA dan kami tiba sekitar 6.30 petang. Kami berkejar ke surau untuk menjamakkan solat Zuhur dan Asar. Selesai sahaja doa, azan Maghrib kedengaran. Kami teruskan solat Maghrib dan Isyak secara jamak qasar berimamkan Habib Ali lagi.
Pengalaman ke Baitul Maqdis cukup mengujakan rombongan kami yang seramai 83 orang kesemuanya, terutama sekali dengan bimbingan Habib Ali Zainal Abidin yang memastikan bahawa perjalanan kami sentiasa beroleh berkat-Nya. Setiap kali kami menaiki bas untuk memulakan ziarah kami, Habib Ali mengetuai bacaan doa safar dan seterusnya memberi tazkirah. Penerangan juga diberikan tentang tempat yang bakal diziarahi, contohnya makam para sahabat serta para nabi agar ziarah kami lebih bermakna! Tidak kurang juga qasidah serta maulid kami baca bersama-sama. Pertama kali Mak Aji mengikuti rombongan bersifat kerohanian ini dan hati cukup berasa tenang dan seronok sekali - memang pengalaman yang lain daripada yang lain!!
Masjidil Aqsa yang diselaputi salji - dari beranda bilik hotel. |
Sekarang Mak Aji dan Pak Aji sedang merawat diri yang penat dan kami sedikit demam, mungkin dek kerana terkejut dengan pengalaman salji yang turun di sana. Itu juga pengalaman pertama kami. Yang pernah kami rasa sekadar musim luruh sahaja tetapi rupa-rupanya musim sejuk bersalji begitu rupa dan rasanya! Pula tu, kami agak kurang persiapan - pakaian cukup cuma kasut kurang sesuai untuk meredah salji, apa lagi di waktu dini hari untuk ke masjid sebelum Subuh!
Bagi anda yang belum pernah ke sana, Mak Aji anjurkanlah agar pergi. Kalau di Masjidil Haram kita mendapat pahala 100,000 kali ganda, di Masjid Nabawi 1,000 kali ganda pahala, di Masjidil Aqsa pahalanya 500 kali ganda! Sila baca petikan berikut untuk penjelasan lanjut:
“Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Makkah), dan masjid Rasulullah (di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Baitulmaqdis).” (Hadis riwayat Bukhari)
Umat Islam yang ingin berziarah ke luar negara untuk beribadat kepada Allah tidak perlu bersusah payah ke tempat lain, selain berziarah ke Tanah Suci, terutama untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah.
Tiga masjid yang mempunyai fadilat besar apabila mengerjakan ibadat sembahyang dalamnya adalah :
Masjidil Haram di Makkah.
Masjid Nabawi di Madinah.
Masjidil al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Antara fadilatnya adalah:
Kelebihan Masjidil Haram adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 100,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain. Dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.
Kelebihan Masjid Nabawi pula adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 1,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain. Dalamnya ada makam Nabi dan sebagai sebuah taman daripada taman syurga.
Kelebihan Masjid al-Aqsa pula adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 500 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain.
Keistimewaannya adalah ia masjid Nabi yang terdahulu dan tempat Israk dan Mikrajnya.
Nabi menggalakkan umat Islam untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa.

Sumber petikan: http://temanku.blogdrive.com/archive/38.html
6 comments:
saya pun teringin nak jejak kaki ke sana... semoga dimurahkan rezeki utk ke sana...
Mesti kebas kaki kalau tak pakai kasut yg sesuai utk meredah salji, kan Mak Aji?
Rehat cukup2, nanti cerita lagi lagi pasal pengalaman kat sana :)
assalam makji
alhamdulillah telah selamat sampai yer..
seronok tgk drp perkongsian makji kat facebook..untungnya dpt jejak kaki kat sana...nanti kongsikanlah byk2 lg cerita n gambar yer..
take care n have good rest..:)
Salam Mah,
Ni baru teaser ( betul ke pktn ni).. Nanti akan menyusul cerita seterusnyakan...mmg.I dgn Nasir plan nak pi umrah dan baitulmaqdis hujung tahun ni..tp.kami tak boleh nak tinggalkan henbeg galah junior tu..tapi dia tak mau pergi..adoi..tangguh sampai dia f.4 la besar sikit n boleh berdikari...bertambah2 teringin bila tengok update yg u buat..mudah2 an Allah izinkan.
Salam Nurbijen,
Insya-Allah semoga semua beroleh rezeki untuk ke sana, amin! Betul tu, kebas, dah rasa dah sebab kurang persiapan bab kasut. Ingatkan autumn aja, rupanya jumpa winter! Kedai pula tutup, buat sekadar termampu ajalah. Teringat pendaki Malaysia yang kena frost bite sampai kena potong jari kaki, takut! Mak Aji dah pelan-pelan buat entri tentang ziarah tu!
Salam Ummuaidan,
It's good to be home! Alhamdulillah dah cukup rehat, badan yg lunyai dah rasa segar balik! Dah mula jaga Aleesya balik hari ni. Alhamdulillah rezeki dapat jejak kaki ke sana, tak pernah terbayang pun boleh sampai. Pak Aji yang beria-ia sangat nak pergi! Buat update kat FB sebab cepat dan masa tu sibuk sangat, sentiasa on the go. Entri dah buat dah sikit-sikit, harap enjoy baca perkongsiaan!
Salam Wa,
Teaser, he he! Yalah agaknya! Anak bongsu u tu dah besarlah Wan, dalam grup kami ada budak, girl, 2 tahun lebih! Elok je, cuma budak kecik kadang2 nangis meragam, biasalah. Pujuklah dia pergi sama! Mukhtar pun jumpa grup umrah yg salah sorangnya bekas jiran kami, kat masjid. Do enjoy my share, harap boleh beri sedikit manfaat kpd u yg nak pergi nanti! Diarani pun ada contact i sbb dia nak gi mcm u Feb depan.
Post a Comment